Berita Auto

Model skala enjin Bugatti Chiron

Apa yang anda lihat ini bukanlah enjin Bugatti Chiron yang sebenar. Sebaliknya ia adalah model berskala 1:4 yang dihasilkan oleh pengeluar model skala dan replika mewah iaitu Amalgam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat itu, ia merupakan replika enjin pertama yang dihasilkan selepas enjin Ferrari 049 milik jentera F1-2009 pada awal 2000. Diperbuat daripada pewter dan keluli tahan karat, replika yang terdiri daripada enjin 8.0-liter W16 dan transmisi ini dibangunkan dengan kerjasama Bugatti.

Bugatti Chiron engine 05

Apa yang membuatkan ia menarik adalah reka bentuknya yang terperinci. Model skala ini mempunyai empat unit pengecas turbo serta label bagi setiap komponen, sama seperti enjin Chiron yang sebenar.

Bugatti Chiron engine 04

Model skala ini berukuran 18 inci panjang dan 9 inci tinggi dan mengandungi 1,040 komponen individu. Pembangunan memakan masa selama 2,500 jam manakala pemasangan mengambil masa 220 jam.

Bugatti Chiron engine 03

Dengan harga kira-kira USD9,365 (RM39,612), ia mungkin kedengaran tidak masuk akal namun bagi mereka yang menghargai ketukangan penuh teliti, model skala ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki.

Previous post

Mustang Seterusnya Akan Mendapat 10-kelajuan & 450bhp

Next post

Kumpulan BMW Malaysia memasang dan mengeluarkan 4,500 unit kenderaan hibrid eDrive - tertinggi di Malaysia dan dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *