Gaya Hidup

Peluang bertemu Jorge Lorenzo dengan pembelian minyak motosikal Shell Advance di Lazada Malaysia

Para penunggang motosikal di seluruh negara kini boleh mendapatkan rangkaian produk lengkap minyak enjin motosikal Shell Advance dengan begitu mudah dari Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setiap pembelian minyak motosikal Shell Advance dari sumber rasmi akan dihantar terus ke muka pintu pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sempena kemunculan Shell Advance dalam talian buat julung kalinya serta perlumbaan MotoGP Shell Malaysia 2017 tidak lama lagi, pembeli berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dengan pembelian produk-produk Shell Advance:

  • Dari 3-20 Oktober, beli satu pek Shell Advance dan dua tin minuman tenaga Monster melalui Lazada Malaysia dan rebut peluang untuk mendapat hadiah utama iaitu jemputan khas ke sesi santai bersama penunggang Ducati Jorge Lorenzo pada 25 Oktober 2017. Hanya 100 pemenang bertuah akan mendapat peluang istimewa ini. Hadiah pertama adalah satu tiket Hillstand dan kit aluan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk 150 pemenang bertuah, manakala 20 pemenang akan membawa pulang hadiah kedua iaitu satu beg galas edisi khas Monster Recon setiap seorang.
  • Juga dari 3-20 Oktober, beli mana-mana satu pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dan dapatkan satu tiket Hillstand dan kit aluan di SIC.
  • Dari 25-29 Oktober, beli satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7  dan berpeluang untuk memenangi sepasang cermin mata Oakley yang ditandatangani oleh Jorge Lorenzo.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, menyatakan bahawa kerjasama yang berterusan antara syarikat tersebut dan Lazada Malaysia ekoran kejayaan pelancaran minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix pada Ogos lalu membuktikan bahawa ia gigih berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Baljit juga berkata bahawa produk-produk Shell Advance dan Shell Helix akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza beli-belah iaitu Revolusi Dalam Talian Lazada Malaysia pada 11 November 2017 ini.

Acara tahunan ini adalah pesta beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Bertemakan ‘Shop the Universe’, para pembeli di enam buah negara akan dapat membeli jutaan produk dari seluruh dunia pada harga yang luar biasa. Tahun ini, buat pertama kalinya, penawaran tersebut akan turut merangkumi minyak enjin motosikal Shell Advance serta minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.

Previous post

Miliki Ford Ranger XLT tanpa kos penyelenggaraan untuk 5 tahun

Next post

Honda Malaysia terima 1,200 tempahan untuk Jazz dan City hibrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *