Berita Auto

Porsche lancarkan program langganan kereta

Porsche telah melancarkan Porsche Passport, sebuah program yang membolehkan pelanggan melanggan kereta pilihan mereka menerusi aplikasi telefon pintar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menerusi program ini, pelanggan boleh memilih mana-mana model Porsche yand ditawarkan dan bebas menukar dari satu kereta kepada kereta lain, tanpa had perbatuan. Bagaimanapun, ia hanya dijalankan di Atlanta, Amerika Syarikat buat masa ini.

Porsche Passport menawarkan dua pelan keahlian iaitu Launch dan Accelerate. Launch memberikan akses kepada lapan model Porsche seperti 718 Boxster, 718 Cayman S, Macan S dan Cayenne, dengan yuran bulanan sebanyak USD2,000 (RM8,444).

Pelanggan yang memilih pelan Accelerate mempunyai lebih banyak pilihan iaitu 22 model seperti 911 Carrera S, Panamera 4S, Macan GTS dan Cayenne S E-Hybrid dengan yuran bulanan sebanyak USD3,000 (RM12,666). Pelan keahlian merangkumi pendaftaran dan cukai kenderaan, insurans dan penyelenggaraan.

Untuk mendaftar, pelanggan perlu memuat turun aplikasi Porsche Passport yang ditawarkan pada kedua-dua pengguna Android dan Apple. Pelanggan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak USD500 (RM2,111) dan kelulusan keahlian bergantung pada latar belakang dan kredit.

 

Previous post

6 Pemenang Pertama Peraduan Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Terima Wang Tunai

Next post

Modenas yakin tembusi segmen motosikal jalanan tempatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *