Gaya Hidup

VW Menawarkan Jaminan ENAM Tahun (boleh dipindah milik) di Amerika Syarikat

Volkswagen Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menampung sebahagian besar tawaran 2018nya dengan jaminan 6 tahun dua kali lebih lama berbanding beberapa pesaingnya di Amerika Syarikat. Berita ini datang kerana pembuat kereta Jerman itu menjadi pemain utama di pasaran Amerika dan cuba untuk meletakkan skandal penipuan dieselnya kebelakang, walaupun ia menangani kerugian hampir USD3 bilion yang diumumkan baru-baru ini.

Waranti itu, selama 6 tahun atau 72,000 batu, juga boleh dipindah milik kepada pemilik berikutnya. Waranti yang dikenali sebagai People First Warranty  meliputi semua model 2018 kecuali e-Golf elektrik, yang membawa liputan bateri 8-tahun / 100,000 batu tersendiri.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Satu bahagian utama strategi kami untuk 2017 dan seterusnya bermula dengan membina semula kepercayaan para pelanggan, peniaga dan pekerja kami.” kata seorang jurucakap VW Amerika Syarikat semasa taklimat media di LaFontaine Volkswagen Dearborn. “Kami berada di titik perubahan utama bagi jenama dan strategi kami (untuk) pelanggan Amerika Syarikat kami, dan kini kami melihat kehadapan.”

 

Previous post

Beberapa "Pertama Kalinya" Untuk Volvo XC40 Baharu

Next post

Yamaha Y15ZR SE GP Edition 2017 - RM8,891

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *