Motosikal

Yamaha Y15ZR SE GP Edition 2017 – RM8,891

Bagi menyambut ketibaan perlumbaan MotoGP Malaysia tidak lama lagi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan motosikal Y15ZR SE GP Edition baharu yang tampil dengan corak pasukan Movistar Yamaha.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Aspek teknikal Y15ZR bagaimanapun tidak berubah. Ia masih dijana oleh enjin 150 cc, silinder tunggal yang menghasilkan 15.1 hp pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Transmisi manual lima kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

17 Oct 10 Y15ZR GP2

Sistem penggantungan pula terdiri daripada fork teleskopik di depan dan suspensi monoshock di belakang, sementara kuasa membrek pula dibekalkan oleh brek cakera dengan angkup omboh tunggal yang dipasangkan pada kedua-dua bahagian depan dan belakang.

17 Oct 10 Y15ZR GP5

Y15ZR SE GP Edition dijual pada harga RM8,891.28 (harga jualan asas dengan GST) dan boleh didapati di pasaran bermula minggu hadapan.

 

Previous post

VW Menawarkan Jaminan ENAM Tahun (boleh dipindah milik) di Amerika Syarikat

Next post

BMW Malaysia jadi Rakan Automotif Rasmi acara CIMB Classic 2017 untuk Lapan Tahun Berturut-turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>