Motosikal / Lain Lain Roda

Boon Siew Honda Perkenalkan Honda BeAT 2017 Baharu Sekali Dengan Warna Baharu

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan Honda Beat 2017 yang baharu, yang dilengkapi jalur grafiti baru, khas untuk semua peminat skuter muda yang lebih bergaya dan tunggangan yang senantiasa boleh dipercayai.

Honda BeAT yang baru mempunyai grafik jalur bertemakan grafiti pada badan, dengan warna dua nada. Roda aloi 14-inci baru dengan tayar tubeless untuk ketahanan bocor yang lebih baik. Empat pilihan warna: Magenta Space Metallic, warna baru, Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black dan Viva City Red.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Honda BeAT yang baharu kekal sebagai salah satu skuter teknologi keselamatan terbaik. Sama seperti yang sebelumnya, Honda Beat baru dilengkapi dengan Sistem Combi Brake (CBS) yang merupakan ciri unik kepada motosikal BSH. Sistem ini membenarkan jarak brek yang lebih pendek, bermakna kawalan yang lebih baik, meletakkan keselamatan sebagai keutamaan pertama, di jalan raya.

Honda BeAT yang baru juga mempunyai Sistem Kunci Pintar, yang mengekalkan brek terkunci untuk start atau parking, mengelakkan terjahan tidak sengaja dalam trafik. Terdapat juga Side Stand Switch, secara automatik menghentikan enjin bila digunakan untuk keselamatan.

Honda BeAT dikuasai enjin ESP menggunakan teknologi geseran rendah untuk kecekapan output yang lebih baik. Ia juga dilengkapi dengan suntikan bahan api PGM-FI, teknologi penjimatan bahan api yang membolehkan para pelumba bergerak lebih jauh dengan penggunaan bahan api minimum.

Selain daripada semua teknologi berkualiti, Honda BeAT merupakan skuter pertama untuk mencapai standard EEV di Malaysia, memainkan peranan dalam meminimumkan jejak karbon di alam sekitar.

BSH optimistik penerimaan pasaran untuk Honda BeAT baharu ini dan menjangka dapat meningkatkan jualan dari 24% hingga 34%.

Harga RM5,724 (+ GST).

Untuk maklumat lanjut layari: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda atau telefon talian Toll-Free 1800-88-3993

Model Honda BeAT 2017 Baharu

Enjin

108.2cc, 4-Stroke, OHC Air-Cooled, Kick and Electric Starter

Transmisi

V-Belt Automatic

Suspensi (Depan)

Telescopic

Suspensi (Belakang)

Unit Swing Arm

Brek (Depan)

Hydraulic Disk

Brek (Belakang)

Mechanical Leading Trailing

Tayar (Depan)

80/90 – 14M/C 40P

Tayar (Belakang)

90/90 – 14M/C 40P

Rim

Cast Wheel

Saiz

1,864mm x 666mm x 1,068mm

Wheelbase

1,256mm

Berat

94kg

Tinggi Tempat Duduk

742mm

Pelepasan

146mm

Tanki

4.0 liters

Sistem Bahan Api

Fuel Injection

Minyak Enjin

0.8 Liters

Kuasa Kuda

6.46 KW (8.77 PS) @ 7,500RPM

Tork

9.14NM (0.93kgf.m) @ 6,000RPM

Lain 

· Side Stand Switch

· Smart Lock System

Previous post

Naza Italia Dinamakan Ferrari Classiche "Officina"

Next post

Perkenalkan Volkswagen Virtus ... Pengganti Vento

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *