Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Daimler Akan Melabur USD 755 Juta Di China

Daimler AG merancang untuk melabur 5 bilion yuan (USD 755 juta) di China untuk kapasiti kilang mengeluarkan kereta elektrik dan bateri mereka, sebahagian daripada usaha untuk membantu jenama Mercedes-Benz dan Smart mematuhi kuota pengeluaran dan penjualan kereta hijau negara itu. Hubertus Troska, ketua operasi Daimler, Greater China, memberitahu pemberita bahawa pelaburan itu adalah sebahagian daripada inisiatif 10 bilion euro (USD11.8 bilion) kereta hijau global Daimler yang diumumkan sebelum ini.

China telah menetapkan kuota yang ketat untuk kereta hibrid elektrik dan plug-in yang berkuatkuasa dari 2019. Ia mempunyai sasaran jualan 2 juta NEV pada tahun 2020 dan menandakan, jangka panjang, ia akan menghentikan penjualan kereta enjin petrol konvensional

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peralihan seismik ke arah NEV ini telah mendorong penumbuhan tawaran kereta elektrik dan pelancaran baru dimana pengeluar di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mendapat sebahagian pasaran kereta terbesar di dunia.

Previous post

Penghantaran Pertama Selepas Pelancaran Perodua Myvi Semua Baharu

Next post

Tesla Roadster Memecut 0 - 60 bsj Dalam Hanya 1.9 Saat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *