Motosikal

Ducati dan NAZA sasar pertumbuhan besar pada 2018

Next Bike Sdn Bhd, atau lebih dikenali sebagai Ducati Malaysia, komited untuk membawa barisan produk dan perkhidmatan lebih komprehensif ke pasaran tempatan, sekaligus meletakkan dirinya sebagai lebih daripada sekadar sebuah syarikat motosikal.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami telah menganjurkan beratus-ratus konvoi dan aktiviti untuk meningkatkan dan mengembangkan jenama Ducati secara tempatan, dan ini termasuk memperluaskan rangkaian peniaga kami secara eksponen,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza World, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Syarikat itu akan memfokuskan kepada perkembangan jaringan pengedar mengikut strategi dan bimbingan operasi pengedar bagi memastikan keuntungan perniagaan, sambil meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi fasiliti dan aktiviti.

Ducati Malaysia juga merancang untuk menurunkan kos pemilikan dan pada masa yang sama mengekalkan tahap eksklusif jenama termasuk dalam aspek selepas jualan dan perkhidmatan.

“Kami berbangga untuk meneruskan kerjasama dengan Kumpulan Syarikat Naza World menerusi anak syarikatnya, Next Bike Sdn Bhd, selama bertahun-tahun yang akan datang,” kata Marco Biondi, Pengarah Serantau Ducati Asia.

Menurut beliau lagi, tidak kurang dari lima model tahun 2018 (termasuk Panigale V4) akan didedahkan di acara Ducati 2018 World Premiere pada hari Ahad, 5 November ini.

 

Previous post

Pusat 3S Tata baharu dibuka di Bidor

Next post

Anugerah Putra Brand PROTON Yang Pertama!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>