Motosikal / Lain Lain Roda

Honda EX5 Fi Edisi Terhad rai ulang tahun ke-30

Siapa sangka selepas 30 tahun diperkenalkan, Honda EX5 masih menjadi pilihan penunggang motosikal di Malaysia. Bagi meraikan ulang tahun itu, Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan EX5 Fi Edisi Terhad.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bukan itu sahaja, kapcai ikonik itu turut meraikan pengeluarannya yang ke-100 juta unit di peringkat global beberapa minggu lalu. Manakala di negara ini, lebih dari dua juta EX5 telah dihasilkan dan dijual.

Honda EX5 Fi LE 04

EX5 Fi Edisi Terhad ditawarkan dalam dua warna iaitu merah dan perak, dan dihiasi dengan tulisan “30th Anniversary”. Ia juga boleh didapati dengan pilihan rim jejari atau tempaan (cast).

Honda EX5 Fi LE 03

Model ini dijana oleh enjin 109.1 cc silinder tunggal dengan penyejukan udara. Dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, enjin tersebut menghasilkan 8.35 hp pada 7,500 rpm dan 8.4 Nm pada 6,000 rpm.

Honda EX5 Fi LE 05

Harga asas termasuk GST bagi EX5 Fi Edisi Terhad bermula dari RM5,309.54 (rim jejari) dan RM5,563.94 (rim cast).

Previous post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat Ep 42 - Yakiniku Panga, Tokyo, Jepun

Next post

Jenama Kereta Utama Berkerjasama Menyediakan Station Caj Sekitar Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *