Bisnes

Jualan PROTON Meningkat 13% Untuk Oktober 2017

PROTON mencatatkan lonjakan 13% untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017. Prestasi jualan ini memperlihatkan kenaikan 6% untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang
sama tahun lepas.

Saga dan Persona terus menguasai trend jualan apabila kedua-duanya menyumbangkan 70% kepada keseluruhan jualan kereta Proton, dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona terjual. Terkenal sebagai Kereta dengan Nilai Terbaik*, Saga terus kekal sebagai model pilihan utama di kalangan pemilik Proton. Dari harga serendah RM35,590.29** untuk varian Standard 1.3L sehingga RM44,342.25** bagi varian Premium CVT 1.3L.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Saga baharu ini menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan dan mempunyai ciri-ciri moden yang memberikan lebih keselesaan seperti tiga Port USB untuk pengecasan telefon bimbit dan set set audio yang hebat. Dari segi keselamatan pula, Saga telah dinaiktaraf kepada 4 Bintang oleh ASEAN NCAP dengan varian varian Premium yang memiliki ciri-ciri seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan tambatan atas (top-tether), dengan sensor di seluruh bahagian kereta.

Persona, yang menerima anugerah sebagai Kereta Kompak Terbaik*** selepas ianya dilancarkan telah memperlihatkan kenaikan 57.5% tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit pada tempoh yang yang sama tahun lepas. Perubahan yang dilakukan pada Persona generasi baharu ini telah menarik perhatian para peminat peminat Proton kerana kereta ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang baharu, malahan mempunyai ruang but sebesar sebesar 510 liter, menjadikannya pilihan di kalangan pelbagai jenis pelanggan. Persona memberikan kepelbagaian personaliti di mana ianya sesuai untuk pelajar kolej, suri rumah, eksekutif muda, keluarga kecil mahupun bagi mereka yang berjiwa aktif. Dengan harga bermula dari RM44,831.09**, pemilik Persona dapat memiliki kereta yang bertaraf 5 Bintang oleh ASEAN NCAP, dengan sensor di seluruh bahagian kereta, ESC, ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri-ciri standard bagi semua varian.

Proton Saga

Kereta Proton sebagai Juara Keseluruhan di Sepang 1000km Race 2017 Kereta Proton juga menjadi pilihan utama di kalangan pemandu perlumbaan kereta. Diketahui umum memiliki ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang sangat baik, kereta Proton juga merupakan sebuah jenama yang tahan lasak dan boleh boleh dipercayai kerana mampu melalui keadaan melampau di perlumbaan yang memerlukan ketahanan selama 9 jam.

“Pemandu kami menyatakan bahawa selain kemahiran memandu, ciri-ciri kereta Proton inilah yang memberikan kelebihan kepada pasukan. Kemampuan pemanduan dan pengendalian yang luar biasa serta prestasi yang konsisten merupakan ciri-ciri asas yang pelanggan boleh nikmati apabila mereka membeli kereta Proton,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran, PROTON.

Bawa pulang kereta Proton dengan RM0 kos penyelenggaraan dan penjimatan sehingga RM8,000**** “Kami menyeru pelanggan untuk mengambil peluang terhadap promosi 5 Nilai Hebat yang sedang berlangsung, dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM0 sehingga 5 tahun**** dan penjimatan sehingga RM8,000**** untuk sebuah kereta Proton. Penyelenggaraan RM0 termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja agar tiada kesulitan untuk menyelenggara kereta anda dan mampu memberikan ketenangan fikiran kepada para pelanggan kami. Dari hanya RM398**** sebulan, pelanggan boleh membawa pulang sebuah juara,” tambah Rashid.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau lawati laman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
* anugerah oleh MAI Car of the Year 2016

** harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan

*** anugerah diterima pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016

****Caj penyelenggaraan RM0 tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti akan tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Penjimatan dan nilai bayaran ansuran bergantung kepada model kereta. Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah dari 1 Nov – 30 Nov 2017.

image001

Previous post

Hyundai Tucson 2.0 MPi Premium 4WD dilancarkan di pasaran Malaysia

Next post

Lagi Lakaran Theophilus Dan Kali Ini Myvi Sedan Impiannya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *