Gaya Hidup

Kehadiran peminat jayakan Toyota Gazoo Racing Festival

Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival yang melabuhkan tirai hujung minggu lalu berjaya mencapai sasarannya untuk menjadi sebuah acara festival sukan permotoran ulung dengan kehadiran lebih kurang 20,000 orang pengunjung bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) untuk mengalami sendiri aksi perlumbaan serta hiburan yang disediakan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Ribuan pengunjung yang turut serta hujung minggu lalu telah menjadikan penganjuran acara berskala besar seperti ini sangat bermakna buat kami. Saya sangat gembira dan bersyukur di atas sokongan yang ditunjukkan oleh mereka terhadap acara TGR ini. Untuk itu, kami akan terus berusaha untuk mempromosi sukan permotoran diperingkat akar umbi di negara ini,” jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama yang turut bersaing sebagai pelumba dalam kategori Promotional.

Brendan Paul

Takeyama turut memuji pemandu-pemandu yang bersaing di dalam perlumbaan Vios Challenge, yang telah menunjukkan banyak peningkatan berbanding penampilan sulung mereka di Batu Kawan Ogos lalu. “Saya sendiri menimba banyak pengalaman berlumba daripada cabaran sengit yang diberikan oleh peserta-peserta lain. Saya juga dapat melihat kemahiran mereka bertambah baik. Inilah tujuan sukan permotoran, untuk kita sentiasa memperbaiki kemampuan diri,” tambah beliau.

market place

Vios Challenge menampilkan 40 pemandu yang berlumba menggunakan jentara Vios 1.5J yang identikal di dalam tiga kategori berbeza dan ia menjadi tarikan utama acara berkenaan. Aksi di MAEPS melibatkan litar sepanjang 1.9 km dan 17 selekoh serta lima peralihan ketinggian permukaan litar menjadikannya lebih mencabar untuk pemandu dan memberi keseronokkan untuk penonton.

Drift 2

Turut mengujakan pengunjung ialah pertunjukkan drift oleh juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino yang membuat persembahan terbaik mereka menggunakan kereta Toyota 86 Toyo Tires. Melakukan aksi itu di litar utama, pengunjung dapat menyaksikan kecermatan kedua-dua pemandu ini mengawal kenderaan mereka yang hanya beberapa inci sahaja dari dinding penghadang.

Showroom 1

Selain itu, tagline “All About The Drive” yang digunakan oleh Toyota tidak akan bermakna sekiranya tiada model-model terkini jenama itu dipamerkan. Antara tarikan utama diruang berkenaan ialah model C-HR yang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai di mana juga ia dipamerkan.

Fattah 1

Selain pandu uji, pengunjung juga diberi peluang untuk mengalami sendiri keseronokkan di dalam model 4×4 lagenda, Hilux dan Fortuner. Laluan yang dibina khas memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui keupayaan kenderan berkenaan, antaranya ketika memanjat binaan rel yang tinggi serta halangan dilaluan off-road.

Obstacles 2

TGR Festival menjadi satu daripada karnival sukan permotoran terbesar di Malaysia dan ia akan melebarkan sayapnya ke Medini, Iskandar di Johor pula selepas ini. Peminat-peminat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri acara yang akan berlangsung dari 19 hingga 20 Januari 2018 nanti. Perhatikan juga pengumuman bagi pemenang hadiah utama Vios SE yang akan dilakukan menerusi saluran komunikasi rasmi UMW Toyota Motor sebelum 7 Disember 2017.

Previous post

Honda Civic Type R baharu diserahkan kepada pemilik pertama di Malaysia

Next post

VIDEO: Jaguar XE SV Project 8 sedan empat pintu paling laju di Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>