Berita Auto

Mercedes-AMG GT R terjah pasaran Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan keretanya yang paling laju dan ekstrem setakat ini iaitu Mercedes-AMG GT R. Model yang mendahului barisan AMG GT ini dijual pada harga RM1.7 juta (harga atas jalan tanpa insuran).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bermula dari luaran, GT R dinaik taraf dengan ciri-ciri aerodinamik terbaru seperti splitter hadapan, lubang ambilan udara Air Curtain, gril aktif Panamericana yang membuka untuk menyuap lebih banyak udara ke enjin. Bumbung gentian karbon dan rim tempaan 10 batang bersaiz 19 inci sedikit sebanyak mengurangkan berat keseluruhan.

Mercedes-AMG GT R (5)

Bahagian dalaman jenters itu menampilkan tempat duduk AMG Performance secara standard. Bagaimanapun, pemandu yang inginkan suasana lebih sporty boleh mendapatkan kerusi ‘bucket’ AMG yang didatangkan dengan kemasan kulit Nappa dan mikrofiber Dinamica. Kemasan hitam berkilat digunakan sebagai sebahagian daripada pakej AMG Night.

Mercedes-AMG GT R (11)

Seperti GT S, GT R dikuasakan oleh enjin 4.0 liter dwi-turbo V8. Bagaimanapun, kuasa telah dipertingkatkan dari 503 hp/650 Nm ke 585 hp dan 700 Nm. Kuasa disalurkan melalui transmisi AMG Speedshift DCT tujuh kelajuan yang turut membantu kereta itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.6 saat dan mencapai 318 km/j.

Mercedes-AMG GT R (14)

Aspek pengendalian pula ditambah baik dengan suspensi ‘coil-over’ yang dipadankan dengan sistem penyerap hentak AMG Ride Control yang berubah-ubah mengikut gaya pemanduan dan permukaan jalan. GT R juga dilengkapi dengan sistem ‘rear-wheel steering’ yang boleh mengawal sudut tayar belakang mengikut atau bertentangan dengan sudut tayar hadapan, bergantung kepada kelajuan.

Mercedes-AMG GT R (10)

Selain itu, turut terdapat AMG Traction Control, ‘limited-slip differential’ pada gandar belakang dan sistem stereng sensitif kelajuan. Tiga mod pemanduan boleh dipilih: Comfort, Sport dan Sport Plus.

Mercedes-AMG GT R (27)

 

 

 

Previous post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat Ep 41 - Aunty Manju's

Next post

Shell Rimula tingkatkan kesedaran mengenai kesan pelincir ke atas kos pemilikan keseluruhan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *