Gaya Hidup

Mitsubishi Beri Diskaun 40% Untuk Alat Ganti Dan Upah Kepada Pelanggan Yang Terjejas Akibat Banjir

Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan Usaha Bantuan Banjir untuk pemilik Mitsubishi yang terjejas akibat bencana banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.

Syarikat itu akan menawarkan diskaun 40% untuk harga alat-ganti dan upah mulai hari ini hingga 31 Disember untuk kenderaan yang rosak akibat banjir. Hanya kenderaan yang dibeli daripada pengedar sah MMM akan layak, dan kes tertakluk kepada pengesahan untuk memastikan kesahihan.

Selain diskaun ini, MMM juga akan menawarkan perkhidmatan menunda percuma untuk kenderaan yang terlibat dalam banjir ke pusat servis Mitsubishi terdekat. Semua pelanggan perlu membuat laporan polis dan kemudian membuat panggilan ke Careline Pelanggan Mitsubishi Motors di 1-800-88-2166 atau 03-7803 1566 untuk mendapatkan perkhidmatan menunda percuma.

MMM bersama-sama dengan 120 ahli Kelab Triton Tuners dan pengedar Mitsubishi sah juga telah memulakan program pembersihan di beberapa kawasan yang dilanda banjir.

 

Previous post

Tesla Roadster vs Bugatti Chiron, mana yang lebih hebat?

Next post

Hyundai Ioniq 2018 Menang Anugerah Tertinggi Kereta Dunia Wanita

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *