Sukan

Pelumba Toyota Gazoo Racing Malaysia akan sertai saingan Super Endurance Thailand

Pemandu kereta lumba Vios Challenge, Mark Darwin akan menjadi wakil dari Malaysia di dalam Team Asia dan memandu sebuah Toyota Altis bagi perlumbaan 600 Minit Super Endurance Thailand.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mark akan menyertai pelumba-pelumba lain dari Filipina, Indonesia dan Thailand pada perlumbaan yang bakal berlangsung pada Disember nanti di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand. Perlumbaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Toyota untuk melahirkan bakat lumba dari rantau ini dengan menyediakan peluang yang lebih besar untuk mereka menyertai arena perlumbaan antarabangsa.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (UMWT), Akio Takeyama yang menyerahkan bendera Malaysia kepada Mark berharap perlumbaan itu akan memberikan pengalaman berharga dan membantu mengembangkan kemahiran dan keupayaan pemandu-pemandu tempatan.

“Kami sangat berbangga untuk menamakan Mark Darwin bagi perlumbaan 600 Minit Super Endurance ini. Ia adalah bahagian utama dari usaha Toyota diperingkat global untuk menggunakan sukan permotoran sebagai saluran bagi membangunkan bukan sahaja kereta, tetapi yang lebih penting, untuk menyediakan peluang kepada bakat-bakat kita untuk membolehkan mereka melebarkan potensi lebih jauh,” ujar Takeyama.

???????????????????????????????

Berikutan pemilihannya di Kuala Lumpur, Mark Darwin, 27, menyatakan rasa terima kasih kepada Toyota untuk peluang yang diberikan bagi mewakili negara.

“Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk dipilih dan membawa nama Malaysia dalam perlumbaan tersebut. Saya tak sabar mahu menggalas cabaran dan bersaing dengan pemandu-pemandu Corolla Altis yang lain dan berharap akan dapat mencatatkan keputusan yang membanggakan Malaysia,” jelas beliau yang telah berlepas ke Thailand untuk menjalani latihan bersepadu selama empat hari di litar Bira dan Buriram.

Darwin akan segera kembali ke Malaysia selepas itu untuk berlumba di dalam saingan Vios Challenge hujung minggu ini di MAEPS, Serdang. Sebagai seorang pesaing dikedudukan teratas, beliau terpaksa membiasakan diri dengan litar itu dalam masa yang singkat untuk mengekang dominasi Tengku Djan dalam siri berkenaan.

Previous post

Mercedes A-Class Akan Datang Dengan Kabin E-Class

Next post

MINI pertaruhkan JCW Buggy dan Rally ke Rali Dakar 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *