Gaya Hidup

Perodua Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang

Perodua bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membekalkan barangan asas seperti makanan, ubat, produk kebersihan dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di samping itu, Perodua juga menyumbang sukarelawan untuk usaha pembersihan dan pemulihan.

Perodua mempunyai 12 bilik pameran jualan dan 13 (termasuk 2 hab Perkhidmatan Perodua Body & Paint) di Pulau Pinang. Perodua mempunyai seramai 600 orang kakitangan di Pulau Pinang yang terdiri daripada pekerja langsung serta mereka yang berada di bawah perkhidmatan  jualan dan servis di mana majoriti kedai terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Buat permulaan perodua telah memberi sumbangan awal kepada kakitangan mereka dengan wang tunai sebanyak RM500 dan tambahan sehingga RM3,000 bergantung kepada tahap kerosakan rumah mereka serta bantuan lain seperti menyediakan bekalan perubatan, air bersih, selimut dan keperluan lain.

IMG-20171110-WA0002

 

 

Previous post

Volkswagen tawar diskaun sehingga 30 peratus kepada mangsa banjir

Next post

Kereta PROTON Merangkul Juara Untuk Sepang S1K 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *