Berita Auto

Perodua Myvi baru – harga dan spesifikasi di sini

Setelah membuat penampilan secara tersorok di Malaysia Autoshow 2017 pada minggu lalu, Perodua Myvi baru kini telah dilancarkan secara rasmi. Setakat ini, Perodua telah mengumpul 5,000 tempahan bagi model itu, yang turut menerima penilaian 5 bintang dari ASEAN NCAP.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Myvi akan ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan varian tertinggi iaitu 1.5 Advance (AT).

20171116_191026

Hatchback ini didatangkan dengan enjin Dual-VVTi berstatus EEV dalam versi 1.3 dan 1.5 liter. Varian 1.3 menampilkan enjin 1NR-VE yang menghasilkan 94 hp dan 121 Nm manakala varian 1.5 pula menggunakan enjin 2NR-VE dengan 102 hp dan 136 Nm. Kesemua varian dilengkapi dengan transmisi automatik empat kelajuan kecuali 1.3 Standard G (MT) yang dilengkapi dengan transmisi manual lima kelajuan.

20171116_191102

Menurut Perodua, Myvi baru mencatatkan penggunaan bahan api antara 20.1 dan 21.1 km per liter, menjadikannya secara purata 32% lebih efisyen berbanding model terdahulu.

LRM_EXPORT_20171116_185527

Dari aspek kelengkapan, kelima-lima varian Myvi menampilkan lampu hadapan LED dengan fungsi ‘Auto Off’ dan ‘Follow Me Home’, lampu belalang LED dan kemasukan pintar dengan butang mula/henti enjin.

Perodua Myvi

Varian 1.3 didatangkan dengan rim 14 inci sementara varian 1.5 pula mendapat kit badan berserta spoiler dan rim dwi-tona bersaiz 15 inci. Selain itu, turut disertakan pada varian 1.5 adalah alat pembaca tol dan sistem Eco Idle yang pertama kali diperkenalkan menerusi Bezza.

Perodua Myvi

Dari segi saiz, model terbaru ini adalah 205 mm lebih panjang, 30 mm lebih rendah dan 70 mm lebih lebar. Jarak roda (wheelbase) telah dipanjangkan sebanyak 60 mm manakala ruang bagasi pula berukuran 277 liter, 69 liter lebih luas berbanding sebelum ini.

Perodua Myvi

Aspek keselamatan juga tidak kurang hebatnya. ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC) dan Emergency Stop Signal (ESS) disertakan secara standard pada semua varian. Varian 1.3 dilengkapi dengan empat beg udara, manakala varian 1.5 mendapat enam beg udara.

Perodua Myvi

Selain itu, varian 1.5 Advance juga menjadi kenderaan Perodua pertama dan satu-satunya varian Myvi yang menampilkan sistem Advanced Safety Assist (ASA). Berfungsi dengan menggunakan kamera yang diletakkan pada cermin pandang belakang, sistem itu merangkumi Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Perodua Myvi

Myvi baru boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Ivory Whte, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green dan Granite Grey.

Perodua Myvi

Semua varian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km. Harga adalah seperti berikut:

  • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
  • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
  • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
  • 1.5 High (AT) – RM51,800
  • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

 

 

Previous post

Myvi Semua Baharu Dilancarkan Di Putrajaya

Next post

Naza Italia Dinamakan Ferrari Classiche "Officina"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *