Promosi

Varian Mitsubishi Triton VGT Baharu Dan Edisi Terhad Mitsubishi ASX Adventure Diperkenalkan

Mitsubishi Motors Malaysia Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, secara rasminya memperkenalkan varian Mitsubishi Triton VGT baharu – Mitsubishi Triton VGT AT Premium dan edisi terhad Mitsubishi ASX Adventure.

Triton VGT Adventure X- New design Sports Bar

Trak Pikap Keluarga Mitsubishi Triton 

Mitsubishi Motors mempunyai pengalaman yang luas dalam persaingan rentas desa dan membuktikan kejayaannya menakluki terrain yang paling sukar, Dakar Rally. Dengan rekod prestasi luar biasa tujuh kemenangan berturut-turut dan 12 kemenangan keseluruhan – ia adalah bukti kekuatan, ketahanan dan ketahanan kenderaan Mitsubishi. Triton ‘Rally Inspired’ memberi tumpuan kepada manfaat pelanggan dari segi pengendalian, prestasi dan keselamatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Triton VGT AT Premium adalah varian baharu yang dalam barisan model Triton. Triton VGT AT Premium dibuat untuk menampung mereka yang mempunyai gaya hidup aktif tetapi menginginkan trak pikap yang berpatutan untuk kegunaan harian. Triton VGT AT Premium mempunyai reka bentuk baru dengan 17 “aloi roda, tempat duduk kulit dan kamera belakang dengan garis panduan dan dihargakan RM116, 300.00.

Ada lagi. Triton Adventure X dilengkapi dengan bar sukan baharu dan diharga lebih besar menguntungi pembeli trak pick-up. Triton Adventure X kini berharga RM126, 990.

Triton VGT AT Premium- New variant added to the Triton model line-up

Keluarga Triton kini dilengkapi dengan enam varian dan dihargai untuk semua jenis pelanggan:

 

No Model/Varian OTR harga tanpa insuran Termasuk GST (RM) utk Peninsular Malaysia Waranti
1 Triton VGT Adventure X 126,990.00 Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Waranti lima tahun atau  200,000km

 

 

Triton Quest: Waranti lima tahun atau  100,000km

2 Triton VGT AT Premium (Baharu!) 116,300.00
3 Triton VGT AT GL (New!) 103,800.00
4 Triton VGT MT 107,600.00
5 Triton MT 93,920.00
6 Triton Quest 77,390.00

 

  • Prices are quoted on-the-road without insurance, GST inclusive for private registration in Peninsular Malaysia (not applicable in duty free zones).
  • Terms and Conditions Apply.

 

Limited Editon ASX Adventure

Edisi Terhad ASX Adventure

Terhad kepada 60 unit sahaja, ASX Adventure datang dengan luaran yang disegarkan dengan pembaharuan seperti front grille, rear bumper garnish, side door dan fender garnish dengan rim aloi 18”.

Dalaman pula, ASX Adventure datang dengan Sporty Blue lining accents di door trim pintu dan kerusi kulit. Juga datang dengan pedal aluminum air vent bulat untuk sentuhan sporti.

Varian ASX2WD ini direka bentuk bagi mereka yang bergaya hidup adventurous dan lasak. Harga RM123, 988.00 dalam warna Sporty Blue Metallic dan datang dengan pakej waranti 5 tahun dengan tiada had pembatuan .

Bersempena cuti hujung tahun, MMM menawarkan bonus tunai sebanyak RM11,000 untuk varian ASX terpilih dan RM8,000 untuk varian Triton terpilih untuk tempahan dan pendaftaran yang dibuat sebelum 31 Disember 2017.

 

 

Previous post

Audi R8 Tidak Hadir Untuk Menandingi Mercedes Benz AMG GT R Dan Porsche GT 3

Next post

Penghantaran Pertama Selepas Pelancaran Perodua Myvi Semua Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>