Motosikal / Lain Lain Roda

2018 bakal jadi tahun penting bagi Boon Siew Honda

Sebelum 2017 melabuhkan tirainya, Boon Siew Honda telah mengumumkan rancangannya untuk tahun hadapan. Pengumuman tersebut dibuat di majlis ramah mesra di Litar Antarabangsa Sepang, di mana pihak media diberi peluang untuk mencuba kehebatan motosikal RC231V-S.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bercakap di majlis tersebut, Datuk Sri Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda berkata syarikat itu akan membuat kejutan dengan melancarkan 10 model baharu bagi tahun 2018.

Menurut BSH, sasaran jualan bagi tahun ini telah meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun lalu dan langkah untuk melancarkan barisan produk terkini adalah penting bagi syarikat itu untuk menguasai semula pasaran.

Image 4

Turut hadir di majlis itu adalah Zaqhwan Zaidi dan Khairul Idham Pawi yang masing-masing baru sahaja menghabiskan saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Moto2 musim ini. Zaqhwan telah diumumkan akan berlumba di kejohanan All Japan Road Race Championship (JSB1000) bermula musim hadapan.

Tahun 2018 juga bakal menyaksikan pembukaan Honda BigWing, pusat sehenti jualan dan servis untuk motosikal berkuasa tinggi Honda 250 cc ke atas. Pusat pertama akan dibuka di Kuala Lumpur pada bulan Januari, diikuti dengan Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Image 6

 

Previous post

Enjin Variable Compression Turbo Infiniti

Next post

Toyota Gazoo Racing akan dedahkan konsep Super Sport di Tokyo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *