Pandu Uji

7 Perkara Istimewa Tentang BMW 740Le xDrive

7-Series BMW adalah sedan yang hebat, berteknologi tinggi, bersaiz penuh yang telah ditawarkan di Malaysia selama lebih dari satu tahun sekarang. Pada mulanya ia dijual sebagai model petrol 730i dan 740i, tetapi yang di bilik pameran sekarang adalah 740Le xDrive yang dipasang di dalam negara ini. Setelah selesai memandu uji kereta ini, berikut adalah 7 perkara yang menonjol.

1. Powertrain Hybrid ini amat lancar

Peralihan antara petrol dan kuasa elektrik di sini ialah hebat. Lebih-lebih lagi, kereta itu lebih senang berfungsi dengan kuasa elektrik tulen jika anda mempunyai disiplin untuk memastikan kelajuan yang munasabah dan bateri caj..

 

2. Kamera parkingnya adalah yang terbaik 

Dalam mod ‘auto’, 7 Series ini tahu pandangan kamera mana yang patut anda lihat dan akan tayangkan pandangan maya kereta apabila anda terlalu dekat dengan halangan. Hebat sekali!

3. Pemanduannya seperti pemanduan kereta kecil. 

Tidak dinafikan bahawa 740 Le xDrive adalah sebuah BMW. Kokpitnya berorientasikan pemandu, kaki pemandu disalurkan ke arah pedal (bukannya ada pedal klac atau apa pun), dan kereta itu amat lincah dan ringan untuk saiznya.

4. Tidak boleh lari dari 4-silinder 

Tidak syak lagi, motor ini memang cekap dan kuat. Tetapi pegang saja sterengnya dan anda akan MERASAKAN getaran yang semakin kuat kerana enjin berfungsi lebih keras. Malah dalam COMFORT PLUS, enjin itu terasa tidak sesuai dengan sedan mewah ini.

5. Walaupun nampak dan rasa hebat, ianya bukan penghapus S-Class 

Kami  memandu dan dipandu di dalamnya. Tetapi secara keseluruhan,  7-Series ini berasa lebih baik untuk memandu. S-Class mungkin lebih lama, tetapi ia masih lebih santai dan lebih selesa.

Kurangnya sekatan 7 ini dan tumpuannya kepada maklum balas kepada pemandu menghilangkan rasa ‘limo’ untuk si penumpang.

6.  Ianya nampak hebat tetapi tidak cantik.

Sesetengah Beemers memang cantik. 7 lama seperti E38 adalah, sesungguhnya, kereta yang tercantik. Kereta ini? Tidak dapat dinafikan ianya berupa atletik, kacak, agresif, mahal.

Tetapi ianya kurang cantik. Ya, ini mungkin sedikit subjektif, tetapi rupa G12 ini kurang keanggunan. Geriji buah pinggangnya adalah besar.

7. BMW memberi tumpuan sepenuhnya kepada lencana-lencananya

Di bahagian luar kereta, anda akan dapati lencana-lencana yang mengumumkan model ini,

drivetrainnya

teknologi casisnya

bahagian ‘i’ nya

teknologi lampu besarnya

Dan kami pasti anda anda akan jumpa tulisan-tulisan lain di sekeliling kereta jika anda perhati dengan teliti.

 

Previous post

Honda Insight Dihidupkan Kembali Dengan Versi Semua Baharu Ini

Next post

Jurutera Muda Pecah Kod Land Rover di Abu Dhabi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *