Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Bagaimana Jerman Memutuskan Status EEV!

Jerman sekarang hanya mempunyai kira-kira 50,000 kenderaan berkuasa bateri dan hibrid plug-in di antara 45 juta kereta menggunakan jalannya. Kerajaan mereka berharap insentif baharu akan membantu menjual tambahan 400,000 kereta elektrik. Negara lain di Eropah sudah mempunyai skema insentif untuk mendapatkan lebih ramai pengguna untuk membeli kenderaan elektrik, termasuk Norway, Belanda, Perancis dan UK.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jerman pada awal tahun ini, pada bulan Mei meluluskan insentif dan pengecualian cukai baru untuk meningkatkan permintaan untuk kereta elektrik dalam cubaan untuk memenuhi sasaran meletakan 1 juta EV sebelum penghujung dekad.

Di bawah rancangan itu, pembeli kereta elektrik akan menerima subsidi €4.000, manakala pembeli kereta hibrid plug akan mendapatkan premium sebanyak €3,000.

EV juga akan dikecualikan daripada membayar cukai kenderaan selama sepuluh tahun dengan kesan retroaktif dari 1 Jan 2016. Ini adalah tambahan lima tahun pengecualian sebelumnya. Pekerja yang mengecaskan kenderaan elektrik mereka di tempat kerja juga akan mendapat pelepasan cukai sebanyak 25%, kata Kementerian Kewangan.

Kos kira-kira €1 bilion (USD1.1 bilion) akan dikongsi bersama antara kerajaan dan industri kereta. Program ini termasuk €300 juta perbelanjaan di stesen pengecasan.

Previous post

Kereta Semakin Besar

Next post

Volvo Memimpin Jerman Dalam Satu Segmen

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *