Berita Auto

Infiniti bakal perkenal kereta konsep pintar dan kompak

Infiniti bakal memperkenalkan kereta konsep terbaru rekaannya di acara North American International Auto Show (NAIAS) di Detroit pada Januari 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Satu-satunya imej teaser yang dikeluarkan menunjukkan sebahagian daripada kereta konsep terbabit yang mempunyai reka bentuk tipikal jenama mewah dari Jepun itu.

Tidak banyak maklumat didedahkan mengenai model berwarna putih itu, namun menurut pengarah reka bentuk eksekutif Infiniti Karim Habib, konsep ini merupakan evolusi sebuah sedan dengan kabin panjang, saiz seimbang dan ‘stance’ yang tegap.

Selain itu, kereta konsep yang masih belum mempunyai nama ini juga dikatakan pintar dan kompak dengan rangkaian kuasa lebih lancar.

 

Previous post

Volvo Memimpin Jerman Dalam Satu Segmen

Next post

Selamat Menyambut Hari Natal Dan Selamat Tahun Baharu 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *