Berita Auto

Mercedes-Benz buka pusat reka bentuk baharu di Perancis

Tahun 2018 bakal menyaksikan pembukaan pusat reka bentuk canggih (Advanced Design Centre) Mercedes-Benz baharu yang terletak di dalam Taman Sains dan Teknologi Sophia Antipolis di Perancis. Pembukaan pusat terbaru ini bakal memperkuatkan lagi aspek kreatif dan inovatif dalam rangkaian reka bentuk global jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusat ini akan menjadi rumah baharu kepada kira-kira 50 pereka dari pelbagai disiplin berkaitan. Dengan panjang 50 meter dan lebar 20 meter, struktur berbentuk silinder yang diperbuat daripada konkrit dan kaca itu terletak di dalam hutan pokok pain.

Kawasan berkeluasan 3,000 meter persegi itu turut dilimpahi cahaya semula jadi Mediterranean sekaligus menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif.

??????????

Selain itu, kaedah kerja baharu turut akan diterapkan di pusat itu bagi memenuhi reka bentuk holistik dalam era digital. Antaranya adalah struktur hirarki yang rata, masa dan ruang kerja yang fleksibel serta tahap disiplin dan rangkaian yang tinggi.

Sophia Antipolis dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’ Perancis. Ditubuhkan pada tahun 1969, taman sebesar 2,400 hektar itu kini menempatkan 36,300 pekerja dari 2,320 syarikat terkenal seperti Amadeus, SAP, Huawei, Hewlett Packard, Bayer, dan Thales.

??????????

 

Previous post

Defender 110 WB 6×6 Oleh Kahn

Next post

BMW Merancang 40 Pengumuman Baru Dari Awal 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *