Pandu Uji

Pandu Uji: Hyundai Elantra varian Sport dan Dynamic

Agak mustahil bagi penulis untuk memulakan cerita pandu uji ini tanpa menyebut tentang Honda Civic FC, yang mana pelancarannya pada bulan Jun 2016 telah membuatkan pengeluar-pengeluar lain yang bersaing dalam pasaran sedan segmen C tidak senang duduk.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara pengeluar yang dimaksudkan adalah Hyundai, yang bertindak untuk menyekat kemaraan Civic dengan melancarkan Elantra setahun selepas model Honda itu memasuki pasaran. Terlambat atau tidak, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dilihat mempunyai produk yang cukup menarik dan mampu menyaingi pesaing dari Jepun itu.

Hyundai Elantra review 21

Bagi pasaran Malaysia, Elantra generasi keenam ditawarkan dalam tiga varian – Executive, Dynamic dan Sport – dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0-liter empat silinder aspirasi natural bagi Executive dan Dynamic, serta 1.6-liter empat silinder turbo bagi Sport.

Hyundai Elantra review 08

Dari segi kuasa, varian Executive dan Dynamic yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan mempunyai 150 hp pada 6,200 rpm dan 192 Nm pada 4,000 rpm, manakala Sport dibekalkan dengan 201 hp pada 6,000 rpm dan 265 Nm pada 1,500 rpm.

Hyundai Elantra review 18

Tidak seperti kedua-dua varian tersebut, Elantra Sport menggunakan khidmat transmisi klac berkembar (dual clutch transmission) tujuh kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda hadapan.

Hyundai Elantra review 23

Hyundai patut diberi pujian ke atas reka bentuk Elantra kerana garisan-garisan yang digunakan tersusun kemas di keseluruhan badan. Ia mungkin kelihatan kurang agresif berbanding pesaingnya dari Jepun, namun tidak dinafikan bahawa sedan Korea ini, terutamanya dalam versi Sport, masih mampu menarik pandangan pengguna jalan raya yang lain.

Hyundai Elantra review 03

Lampu hadapan HID lengkap dengan sedikit aksen merah, lampu nyalaan siang LED, kit badan merangkumi skirt sisi dan ‘diffuser’ belakang memberikan Elantra Sport kelebihan dari segi impak visual. Ia memakai rim 17 inci (sama saiz dengan versi Executive dan Dynamic) namun mempunyai reka bentuk tersendiri yang lebih menarik.

Hyundai Elantra review 25

Reka bentuk bahagian dalaman Elantara boleh dikatakan ‘straightforward’ dengan susunan suis dan butang di tempat yang sepatutnya. Tiada apa yang istimewa mengenainya namun secara peribadi penulis tidak kisah kerana tahap kualiti dan kekemasan yang ditunjukkan sangat memuaskan hati dan berbaloi.

Hyundai Elantra review 16

Mereka yang berjiwa muda pastinya menggemari upholsteri kulit merah dan hitam serta kemasan ala gentian karbon yang terdapat pada Elantra Sport. Dengan roda stereng berbentuk D, ini mungkin kabin paling sporty dan agresif dalam kelasnya. Kabin varian Dynamic dan Executive pula lebih bersahaja dan kurang menonjol dengan upholsteri suede hitam dan roda stereng biasa.

Hyundai Elantra review 13

Ketiga-tiga varian mempunyai tahap kelengkapan yang hampir sama kecuali sistem pendingin hawa dwi-zon automatik, pedal penukar gear dan pengelap cermin automatik, antaranya. Setiap Elantra dilengkapi dengan enam beg udara, ABS dengan EBD, Stability Control, Hill-Start Assist Control. Hanya varian Sport didatangkan dengan Blind Spot Detection, Rear Cross Traffic Alert, dan Tyre Pressure Monitoring System.

Hyundai Elantra review 26

Seperti yang dijangkakan, enjin NA dan turbo melahirkan karakter pemanduan yang berbeza. Varian Dynamic dirasakan lebih sesuai untuk pembeli yang mahukan pemanduan yang tenang dan selesa dengan respon enjin yang lebih bersahaja dan suspensi lebih lembut. Sesetengah pihak mungkin menganggapnya bosan, namun untuk kegunaan harian tanpa sebarang drama, Elantra Dynamic adalah kenderaan yang tepat.

Hyundai Elantra review 11

Elantra Sport pula menawarkan karakter lebih bertenaga untuk mereka gemarkan pemanduan lebih lasak. Jantung DOHC yang tersemat di dalam ruang enjin nyata cukup berkuasa untuk menghasilkan kuasa pecutan mengujakan yang tidak pernah dirasakan dalam mana-mana versi Elantra sebelum ini. Transmisi DCT yang digunakan menunjukkan kerjasama yang baik dengan enjin tersebut. Jika diperlukan, Iia mampu menukar gear dengan cepat, sekaligus menghasilkan pemanduan yang lancar tanpa mengira kelajuan.

Hyundai Elantra review 20

Selain itu, penggunaan spring dan peredam lebih keras serta suspensi belakang jenis ‘multi-link’ memberikan Elantra Sport kelebihan dari segi pengendalian di jalanraya berselekoh serta kestabilan ketika memandu pada kelajuan tinggi, ditambah pula dengan cengkaman dari tayar jenis Hankook Ventus Prime2. Sedan ini bagaimanapun masih amat selesa untuk dinaiki dengan penyerapan gegaran yang baik.

Hyundai Elantra review 28

Pembeli dalam segmen ini pasti tertanya-tanya jika Elantra secara keseluruhannya adalah pilihan yang lebih baik berbanding Civic. Sukar untuk dikatakan, terutamanya apabila kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Elantra hadir dengan penampilan kemas dan prestasi yang diluar jangkaan namun berbanding Civic, ia mempunyai ruang kabin dan but yang lebih kecil walaupun perbezaannya tidak begitu ketara.

Hyundai Elantra review 01

Jadi ia berbalik kepada kehendak dan keperluan pembeli sendiri. Jika anda mahu jadi seperti yang lain, Honda adalah jawapannya. Namun jika anda inginkan sedikit kelainan tanpa mengorbankan aspek kualiti dan prestasi, apa salahnya jika anda memilih Hyundai Elantra.

 

 

Previous post

Ketayap Kak Zura - Gerai Celah Flat Seksyen 17 - Jejak Makan R!O!SS Eat Beat 48

Next post

MV Agusta Akan Mengunakan 4-Silinder Untuk 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *