Bisnes

PROTON Mempunyai Nilai Jenama Yang Tinggi

Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Ryan Lai, 35 dari Nilai, Negeri Sembilan tetap mempunyai keyakinan bahawa PROTON akan kembali berada di atas.

Ryan meninggalkan jawatannya sebagai jurutera bersama syarikat teknologi terkemuka Korea untuk menyertai perniagaan keluarganya, yang merupakan pusat servis PROTON di bawah EON pada tahun 2004.

Ryan Lai test drive Geely modelP

“Perniagaan agak merudum pada masa itu, kami hanya membaiki kira-kira 60 buah kereta sebulan dan ayah saya hampir berputus asa dan mahu menjual pusat servisnya,” katanya di Pusat Kecemerlangan PROTON.

Ryan meluangkan masanya mengenalpasti kelemahan pusat servis mereka, dan memutuskan untuk berhenti kerja pada tahun 2007 dan menumpukan perhatian untuk menaikkan perniagaan tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Saya dapati tidak ada apa-apa masalah dengan jenama PROTON tetapi pusat perkhidmatan itu sendiri yang memerlukan perubahan dari dalam,” jelasnya.

“Apa yang saya lakukan adalah memperkenalkan dengan segera dasar bagi sumber manusia dan pentadbiran. Kami memastikan juruteknik mematuhi segala dasar yang telah ditetapkan. Disiplin dan kualiti kerja menjadi undang-undang baharu.”

“Ketika itu, saya dapati kami tidak pernah memenuhi tuntutan jaminan, di mana ini turut menyebabkan kami kehilangan peluang untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan. Kami kemudiannya mempelajari proses tuntutan jaminan dan mula menawarkan perkhidmatan tersebut.”

Geely Service Centre

Pusat Servis LHM One Stop Car yang beroperasi di Nilai kini mempunyai seramai 65 pekerja, 10 daripadanya hanya bertugas di bilik pameran PROTON. Pada tahun lepas, pusat servis tersebut telah dinaik taraf daripada 2S kepada 4S.

Ia kini membaiki sebanyak 1,300 kereta Proton secara purata bagi setiap bulan dan menerima kunjungan dari pemilik Proton yang berada di Nilai, Sepang, KLIA, Cyberjaya dan Putraya.

Baru-baru ini, Ryan turut dijemput oleh PROTON untuk melawat pengedar Geely dan Institut Penyelidikan Geely di Shanghai.

“Saya melawat pengedar Geely di sana dan apa yang saya lihat betul-betul membuka mata saya. Mereka melayan pelanggan dengan begitu baik. Walaupun Geely bukanlah sebuah jenama premium, perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti itu (jenama kereta premium),” ujar beliau.

Geely Showroom 2

Ryan turut berpeluang memandu uji SUV Geely Boyue, model yang bakal diperkenalkan oleh PROTON di Malaysia tahun hadapan.

“Ia mempunyai rupa dan saiz yang menarik dan kualiti dalamannya benar-benar mengujakan saya,” katanya

“Papan pemuka, perapi pintu, tempat duduk kulit serta kelengkapan pada Boyue mengingatkan saya pada SUV mewah Jerman yang dimiliki oleh abang saya di Malaysia. Sememangnya terbaik,” kata Ryan. Beliau turut memberi pandangan mengenai enjin turbo dan kotak gear automatik.

“Sangat lancar!” ujarnya dengan senyuman.

Ryan kemudiannya menyatakan pendapatnya bahawa keputusan PROTON untuk memberikan tumpuan lebih dalam pemasaran digital adalah terbaik bagi memikat pasaran belia

“PROTON sedang menuju ke arah yang betul. Saya akan membelanjakan wang serta mempertimbangkan untuk meningkatkan pelaburan saya demi jenama ini,” katanya sebelum berakhir

Geely Showroom

Previous post

Trak Elektrik Thor Akan Memulakan Penghantarannya Pada Tahun 2019

Next post

Produksi Secara Rasmi Pulang Ke Tapak Newport Pagnell Bersejarah Aston Martin

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *