Gaya Hidup

PROTON Meraikan 100 Kakitangan Di Majlis Graduasi Serba Ringkas

PROTON mengadakan satu majlis graduasi untuk 100 orang kakitangan bagi meraikan pencapaian mereka dalam memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Majlis telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON Subang Jaya pada hari ini, di mana mereka menerima sijil-sijil daripada YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato’ Dr Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, dan Encik Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan YBhg Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON turut hadir pada majlis tersebut.

Photo 3

Membina kereta dan membina modal insan

“PROTON bukan hanya membina kereta tetapi turut membina bakat. Kami menyediakan peluang kepada para pekerja kami serta memberikan galakkan kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada perkembangan diri dan kerjaya. Tambahan pula, pembelajaran merupakan proses yang berterusan di dalam kehidupan dan sijil yang diterima pada hari ini diharap dapat memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi serta menyuntik keyakinan bahawa mereka boleh melakukan lebih baik dengan adanya pemikiran untuk memajukan diri,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Sijil Kemahiran Malaysia adalah sijil yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Kerajaan untuk latihan kemahiran. Terdapat 5 tahap pensijilan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang merupakan kelayakan yang diterimapakai untuk pekerjaan tertentu dan terpilih.

“PROTON telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia sejak dahulu lagi. Kami melihat penglibatan ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat PROTON terhadap pembangunan negara. Syarikat tidak akan dapat menjalankan program ini tanpa kerjasama dari mereka dan manfaat ini bukan hanya terhad kepada pekerja, malah kepada majikan dan industri secara keseluruhan,” tambah Dr Li.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dapatkan Bonanza Akhir Tahun PROTON

Sempena meraikan akhir tahun, para pelanggan boleh menikmati tawaran yang lebih baik daripada PROTON dengan promosi penyelenggaraan sebanyak RM0 sehingga 5 tahun* dan penjimatan sehingga RM8, 000*. Penyelenggaraan RM0 termasuk minyak enjin dan kos pekerja. Kunjungi bilik pameran PROTON yang terdekat dan pandu uji kereta Proton hari ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, melalui Google Play dan Apple App Store.

*Caj penyelenggaraan RM0 tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu) termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Nilai penjimatan bergantung kepada model kereta. Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah dari sekarang sehingga Disember 2017.

Photo 1

Previous post

Borang Penyertaan Peraduan Dream Car Art 2018 Toyota (DCAC)

Next post

Permintaan Myvi Melebihi 20,000 Dan 4,500 Unit Dihantar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *