Gaya Hidup

Bila Pokok Tumbang Menghalang Jalanraya Menyebabkan Kesesakan Lalulintas.

Hujan lebat baru-baru ini telah menyaksikan banjir besar di banyak kawasan di Lembah Klang. Pokok juga telah tumbang  di jalanraya dan kadang-kadang ke atas kereta yang parkir dan juga kereta yang bergerak. Setakat ini tiada kecederaan dan ini adalah berita baik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Angin kencang dan hujan lebat dikatakan penyebab utama pokok-pokok tumbang, namun ada sesetengah punca yang tidak mudah dilihat seperti akar yang reput dan penyakit pokok tertentu dan bukan ribut.

Bagi majlis perbandaran dan pihak berkuasa lebuh raya, dengan mengekalkan penyelenggaraan pokok-pokok secara konsisten, mereka boleh membantu meminimumkan kerosakan. Akar dan penyakit pokok adalah faktor dan risiko lain yang boleh menyebabkan pokok tumbang, jika tidak ditangani dari awal, masalah yang lebih besar akan menimpa pengguna jalanraya.

Jika anda rasa pokok di kawasan anda memerlukan perhatian, hubungi majlis bandaraya anda dan dapatkan bantuan mereka kerana majlis perbandaran tidak akan tahu kesemua pokok-pokok yang dalam keadaan yang merbahayakan. Mereka ada kakitangan yang dapat membantu.

 

 

Previous post

ABT RS3 Dengan 500 HP

Next post

Mercedes-AMG Menaik Taraf Keluarga AMG GTnya Secara Meluas

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *