Berita Auto

BMW 8 Series Coupe Semakin Hampir

Setelah memperkenalkan Concept 8 Series pada pertengahan tahun lalu, BMW kini mendedahkan bahawa versi produksinya iaitu 8 Sereis Coupe kini hampir menjadi realiti.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat itu, model terbabit sedang diuji di Aprilia, Itali. Selain daripada litar sepanjang 4 km, kawasan itu juga mempunyai tapak slalom dan pelbagai jenis permukaan jalan yang dapat menguji aspek pecutan, brek dan pengendalian kereta tersebut.

Walaupun masih memakai pelekat penyamaran, 8 Series Coupe jelas mempunyai bentuk GT dengan bahagian hadapan yang seakan-akan kepala ikan jerung seperti yang diperlihatkan menerusi versi konsepnya. Bahagian belakang yang pendek dengan paip ekzos berkembar juga tidak kurang menariknya.

P90290767_highRes_bmw-8-series-coupe-p

BMW berkata bahawa model ini mampu memberikan pengalaman pemanduan yang sporty dengan pembangunan yang selari dengan M8 dan M8 GTE. Jentera lumba tersebut akan membuat penampilan sulungya di perlumbaan Daytona pada bulan ini dan akan menyertai Le Mans 24 Hour pada June tahun ini.

Apa yang menarik, segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti perlumbaan itu akan memberi kesan terhadap pembangunan 8 Series Coupe.

 

Previous post

Mercedes-AMG Menaik Taraf Keluarga AMG GTnya Secara Meluas

Next post

Toyota Vios 2018 Tawarkan Lebih Nilai Untuk Wang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *