Bisnes

BMW Group Malaysia menyerahkan 12,680 unit kenderaan pada 2017

BMW Group Malaysia mencatat prestasi terbaiknya apabila berjaya menyerahkan 12,680 unit kenderaan BMW, MINI dan motosikal BMW Motorrad telah pada  2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut pengeluar kereta premium itu mencatat prestasi paling tinggi, seterusnya mencapai pertumbuhan 16% yang mendahului segmennya, berbanding 10,906 unit dalam tempoh sama untuk 2016.

Pencapaian BMW Group Malaysia turut sejajar dengan pertumbuhan BMW Group di peringkat global. Pengeluar kereta premium itu mencatat jualan tertinggi untuk tahun ketujuh berturut-turut dengan jumlah penghantaran keseluruhan sebanyak 2,463,526 unit.

BMW (14)

Pada tahun 2017, jenama BMW menyaksikan peningkatan sebanyak 4.2% kenaikan dengan jumlah keseluruhan penyerahan 2,088,283 unit kenderaan. Jenama MINI mencatat rekod jualan yang baru pada tahun 2017, naik 3.2% berbanding tahun sebelumnya dengan
371,881 unit. Jualan BMW Motorrad juga meningkat sebanyak 13.2% kepada 164,153 unit.

Jenama BMW menyaksikan pertumbuhan sebanyak 18% pada tahun 2017 dengan jumlah penghantaran keseluruhan kenderaan BMW mencecah 10,618 unit, berbanding 9,000 unit pada tahun 2016. Pertumbuhan itu dipacu oleh model 3 Series dengan 3,564 unit –
2,408 unit daripadanya ialah 330e dan 330e M Sport.

MINI 07

X5 xDrive40e juga menjadi penyumbang utama dengan lebih 3,000 unit berjaya dijual tahun lalu. 740Le xDrive yang diperkenalkan pada separuh pertama 2016 dijual sebanyak 400 unit. Selain itu, pelancaran 5 Series pada separuh pertama 2017 juga membantu dalam memacu jualan dengan jumlah yang terjual  melebihi 1,600 unit.

MINI juga dilihat semakin kukuh apabila mencatat rekod prestasi terbaik pada tahun 2017 dengan 1,010 unit berjaya diserahkan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12% berbanding tahun sebelumnya iaitu 902 unit. Pencapaian itu meletakkan MINI sebagai jenama kedua paling pantas berkembang dalam segmen premium di Malaysia dan kini menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut.

P90235430_highRes_the-new-bmw-r-ninet-

Tahun lalu, MINI menambah turut model Countryman, John Cooper Works Clubman dan John Cooper Works Countryman ke dalam portfolionya.

BMW Motorrad pula menyerahkan sebanyak 1,052 unit motosikal, mencatat pertumbuhan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,004 unit. Tahun 2017 menyaksikan pengenalan lima buah motosikal baharu – S1000RR, R1200GS, K1600 GT, Bagger dan R nineT Urban GS.

Previous post

Volvo XC60 Menang Anugerah Amerika

Next post

Isuzu Malaysia serah trak unit ke-100 kepada Mighty Bakery

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *