Motosikal

Boon Siew buka pusat Honda Impian X yang pertama di Malaysia

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan secara rasmi pusat jualan konsep Honda Impian X pertamanya yang terletak di Johor, Malaysia. Ia merupakan pusat jualan dan perkhidmatan sehenti untuk model-model motosikal Honda dengan enjin berkapasiti sehingga 300 cc.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dioperasikan oleh Swee Seng Heng Sdn Bhd, pusat ini direka khusus dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan gaya hidup moden seperti WiFi percuma dan ruang menunggu yang menyajikan makanan dan minuman ringan.

display area 2

Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan teknikal terlatih dengan menggunakan alat ganti tulen bagi menyediakan penjagaan yang sesuai dan perkhidmatan terbaik untuk setiap pelanggan Honda. Ia juga menyediakan khidmat Pre Delivery Safety Advice (PDSA) kepada kesemua pelanggan yang membuat pembelian motosikal baharu.

“Dengan pelancaran Honda Impian X, BSH menjangkakan peningkatan jualan sebanyak 21% dalam tempoh 12 bulan yang akan datang. Kami juga amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami merancang untuk membuka 10 lagi pusat Honda Impian X di seluruh negara menjelang akhir 2018,” kata Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH.

acessories 2

BSH merekodkan jumlah jualan sebanyak 120,613 unit pada 2017, meningkat sebanyak 19% berbanding 2016. Johor menyumbangkan kira-kira 14% daripada jumlah jualan BSH iaitu lebih 16,000 unit dan merupakan penyumbang kedua tertinggi jualan syarikat di antara 13 negeri di Malaysia.

BSH juga bakal membuka pusat Honda Impian X yang seterusnya di Perak pada suku pertama tahun ini.

service bay (2)

Untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kemudahan dan perkhidmatan Honda Impian X, pelanggan boleh menghubungi Swee Seng Heng Sdn Bhd di 07-530 0595/07-530 0596 atau mengunjungi mereka di No 29 & 31, Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor mahupun melayari laman www.facebook.com/sweesenghengmotorsdnbhd.

Previous post

Bentayga Mahu Menang Pikes Peak Hill Climb

Next post

Sayang Sekali. Ada Sesiapa Yang Minat BMW 7 Series Lama Ini? Selamatkanlah Ia.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>