Cerita Auto

Honda catat rekod jualan tertinggi bagi 2017

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencapai jumlah jualan keseluruhan sebanyak 109,511 unit bagi 2017. Ia merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah syarikat itu sejak penubuhannya pada 2003 dan tertinggi yang pernah dicapai oleh jenama bukan nasional di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini bermakna jualan keseluruhan untuk 2017 meningkat sebanyak 19% berbanding dengan 91,830 unit yang dicatatkan pada tahun 2016. Zon Tengah menjadi penyumbang utama dengan peratusan jualan sebanyak 47%, diikuti oleh Zon Selatan dan Zon Utara.

“Pada awal tahun 2017, kami mencabar diri kami dengan sasaran jualan 100,000 unit dan pada bulan Mac 2017, kami mencapai pencapaian bersejarah dengan pengeluaran CKD yang ke 600,000 dalam tempoh 14 tahun sejak Honda Malaysia bermula pada tahun 2003,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

“Kami terus mengekalkan kedudukan No. 1 untuk segmen Bukan Nasional dan kedudukan No. 2 dalam keseluruhan TIV industri automotif,” tambah beliau lagi.

Previous post

Volkswagen menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena Tahun Baru Cina

Next post

Hyundai & Kia Motors Sedia Untuk Kemerosotan Penjualan GLOBAL

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>