Cerita Auto

Kia Forte 2019 akan tampil lebih sofistikated

Kia Forte 2019 bakal didedahkan secara langsung di acara North American International Auto Show (NAIAS) pada bulan ini, namun sementera menanti ketibaannya, syarikat itu telah mengeluarkan beberapa lakaran bagi memperlihatkan reka bentuk luaran dan dalaman model tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Kia, model Forte generasi ketiga mengekalkan imej sporty dan muda seperti sebelum ini namun akan tampil lebih sofistikated dengan ciri-ciri rekaan yang dinspirasikan oleh Stinger.

2019-kia-forte (1)

Bahagian hadapan Forte dilihat lebih rendah dan garang dengan rekaan lampu dan jeriji ‘hidung harimau’ terkini yang ditemani lipatan di atas hud. Bahagian belakangnya pula menampilkan lampu isyarat membelok dan undur berasingan yang diletakkan di bumper. Sama seperti Sportage, ia juga mempunyai jalur yang menghubungkan lampu belakang.

2019-kia-forte (2)

Di dalam, Kia menggunakan tema garisan mendatar untuk membuatkan ia terasa lebih luas. Bahagian papan pemuka juga lebih kemas dan ringkas dengan kehadiran paparan yang besar dan lubang penyaman udara berbentuk bulat seperti yang digunakan dalam Stinger.

 

Previous post

XC60 Adalah Secara Rasmi Kereta Paling Selamat Yang Pernah Dibuat Volvo

Next post

Lexus Malaysia buka tempahan untuk LS 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>