Bisnes

Mercedes-Benz Malaysia pecah rekod jualan lagi

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memecahkan rekod jualannya buat kali keempat berturut-turut apabila mencatat jualan sebanyak 12,045 unit kenderaan pada 2017, peningkatan sebanyak 2.3% berbanding 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Prestasi jualan MBM pada tahun lalu dipacu oleh model C-, E- dan S-Class dengan jualan sebanyak 7,041 unit, diikuti oleh model-model SUV dengan 2,599 unit. Menurut syarikat itu, peningkatan tersebut didorong oleh pelancaran GLC 200 dan GLC 250 yang dipasang secara tempatan (CKD).

Mercedes-Benz GLC Coupe (2)

Model kompak Mercedes-Benzz yang terdiri dari A-Class, GLA, CLA dan B-Class merekodkan jualan sebanyak 2,031 unit manakala 374 unit model ‘Dream Cars’ seperti C63 S, GT S dan sebagainya juga terjual.

Mercedes-AMG GT R (1)

Permintaan tinggi terhadap kenderaan Mercedes-Benz di negara ini dapat dipenuhi dengan 17 pelancaran produk sepanjang 2017. Ini termasuk enam model AMG siri 43 iaitu E 43 4MATIC, SLC 43, C 43 4MATIC, C 43 4MATIC Coupe, GLC 43 4MATIC, GLC 43 4MATIC Coupe, serta model istimewa iaitu AMG GT R pada November tahun lalu.

 

Previous post

Usikkan Hyundai Veloster Generasi Kedua

Next post

TOYOTA GAZOO Racing Memperkenalkan Konsep GR Super Sport

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *