Promosi / Tawaran / Peraduan

Penjelasan Mengenai Diskaun Istemewa Untuk Kereta PROTON

PROTON ingin membuat penjelasan terhadap berita yang dikeluarkan oleh  pada 18 Januari 2018 mengenai promosi istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Buat masa ini PROTON memang menawarkan polisi diskaun istimewa untuk pelanggan jualan korporat dan fleet. Ini merupakan satu amalan biasa dalam perniagaan industri automotif dengan penawaran diskaun jualan korporat berdasarkan pembelian pukal dan fleet. Dengan itu, promosi istimewa yang ditawarkan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien merupakan sebahagian daripada jualan korporat untuk pelanggan fleet.

Kami ingin menegaskan bahawa Nanyang juga melaporkan di dalam akhbarnya bahawa, “PROTON sentiasa menyediakan promosi jualan korporat / fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi, dan institusi (termasuk media). Oleh itu, Persekutuan Hokkien bukanlah kes yang istimewa”.

PROTON turut mempunyai pengaturan serupa dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat ternama di Malaysia. Termasuk juga Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia yang telah berhubung dengan pihak PROTON untuk berbincang serta menyatakan sokongan kepada PROTON dengan komitmen untuk membeli. Berdasarkan kepada bilangan ahli persatuan dan pekerja-pekerjanya yang ramai, pihak PROTON dapat membentuk pakej khas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Mana-mana koperasi, pertubuhan dan persatuan yang membeli jumlah kereta tertentu juga berhak menikmati tawaran seperti ini, tertakluk kepada terma dan syarat di antara PROTON dan pihak-pihak berkenaan.

PROTON sangat menghargai sokongan daripada syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan; dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kualiti terbaik kepada semua pelanggan kami. PROTON terharu dengan minat yang ditunjukkan kepada PROTON dan kami menjemput mana-mana persatuan atau syarikat yang bercadang untuk menikmati peluang yang sama untuk berhubung dengan PROTON.

Previous post

BMW Group Malaysia lancarkan 530e Sport

Next post

Pelancaran Datsun Cross Di Indonesia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *