Sukan

Pertembungan sengit menanti pengunjung di Vios Challenge Johor

Vios Challenge akan bertandang ke Johor bagi separuh kedua musim perlumbaannya dengan lebih banyak pertembungan menarik antara pelumba bagi merebut kejuaraan. Dengan jumlah mata yang masih banyak untuk dikumpul, saingan dijangka lebih sengit pada 19 dan 20 Januari ini di litar dalam bandar yang disediakan oleh Medini City, Iskandar Puteri.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia bakal menjadi perlumbaan jalanan dengan litar yang sama sekali asing bagi semua pelumba. Dengan jentera Vios yang dibangunkan mempunyai kemampuan yang sama, hanya kemahiran setiap individu mengendaikan kenderaan yang akan memisahkan kedudukan di antara mereka. Formula perlumbaan seperti ini terbukti berjaya dengan aksi-aksi yang mendebarkan, seperti yang dapat dilihat pada dua perlumbaan sebelum ini, di Batu Kawan, Pulau Pinang dan MAEPS Serdang.

Walaupun pada perlumbaan awal bagi kategori Promotional diungguli oleh Shawn Lee, sedikit kesilapan yang dilakukan dalam perlumbaan terakhir di MAEPS Serdang menyaksikan kereta dipandunya berpusing pada pusingan pembukaan. Shukri Yahaya tidak melepaskan peluang keemasan untuk memanfaatkan kesilapan itu untuk muncul juara. Kemenangan berkenaan meletakkan Shukri hanya lima mata di belakang Shawn, sementara tempat ketika diduduki oleh Danny Koo yang ketinggalan 14 mata. Semua pemandu ini berpeluang untuk muncul juara, begitu juga dengan satu-satunya pemandu wanita yang berjaya naik podium yang kini berada dikedudukan keempat.

Toyota Vios Challenge

Bagi kategori Sporting pula, aksinya tidak kurang mendebarkan, selepas perlumbaan di Kuala Lumpur menyaksikan muka baru muncul di podium bagi kedua-dua pusingan yang berlangsung. Pendatang baru, Brendan Anthony berjaya menjadikan impiannya untuk membantu jentera pasukan Dream Team mencapai kemenangan sulung menjadi kenyataan. Dalam pusingan kedua pula, Patrick Tam dari Team Nanoplus berjaya merampas kedudukan pertama, memberikan kemenangan pertama kepadanya dalam siri perlumbaan ini.

Dengan pencapaian menamatkan perlumbaan yang berterusan bagi Brandon Lim dari pasukan Tedco Racing di Batu Kawan dan MAEPS Serdang, beliau kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 57 mata dan mempunyai kelebihan 10 mata mengatasi Ken Foo. Patrick berada dibelakang dengan perbezaan mata yang tipis. Namun, Kenneth Koh, Brendan Anthony dan Jackson Tan mengikuti rapat di belakang dan akan berhasil untuk merampas kedudukan di atas sekiranya pendahulu-pendahulu melakukan walau hanya sedikit kesilapan.

Toyota Vios Challenge

Bagi kategori Super Sporting pula, saingannya lebih sengit antara tujuh pemandu profesional yang terpisah hanya dengan perbezaan 20 mata. Tengku Djan masih kekal mengungguli persaingan dalam kejuaraan ini, walaupun hanya mengumpul sembilan mata ketika perlumbaan di MAEPS Serdang. Tetapi, kelompok ini yang terdiri daripada Mitchell Cheah, William Ho, Mark Darwin, Shafiq Ali, Boy Wong dan Ser Ming Hui tetap mempunyai peluang yang masih terbuka untuk mengatasi Raja Drift Malaysia itu pada litar yang lebih lebar dan pantas di Medini nanti.

Dengan hujan sekali lagi dijangka akan turun, permukaan litar akan lebih sukar dijangka sekaligus menjadikan perlumbaan di Johor nanti akan lebih banyak aksi mencabar. Sama seperti sebelumnya, masuk adalah percuma ke Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival dan aktiviti akan bermula pada 9 pagi hingga 6.30 petang, pada 19 dan 20 Jan ini.

 

Previous post

Lexus Malaysia buka tempahan untuk LS 2018

Next post

Ford Mengintegrasikan Waze Sepenuhnya Dengan SYNC 3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>