Promosi / Tawaran / Peraduan

Servis Kereta Anda Di Tyreplus Pada Tahun Baru Cina Ini dan Bawa Pulang Cenderahati Michelin Man

Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi dan beratus ribu rakyat Malaysia akan memandu di jalan raya dan lebuh raya di seluruh negara untuk ‘balik kampung’ atau mengunjungi tempat-tempat pelancongan menarik.

Untuk menjamin perjalanan yang selamat, TYREPLUS, penyedia perkhidmatan servis kenderaan sehenti, menggalakkan pemilik kenderaan untuk memastikan kenderaan mereka diservis dalam tempoh terdekat dan memastikan brek, lampu dan tayar semuanya dalam keadaan baik. Sebelum memulakan perjalanan untuk balik kampung atau bercuti, pelanggan boleh mendapatkan rundingan dan pemeriksaan teliti bagi kenderaan mereka oleh profesional yang berkelayakan dan berpengetahuan tinggi di TYREPLUS.

Malah, sepanjang tempoh perayaan, TYREPLUS menggalakkan rakyat Malaysia meninjau produk-produk berkualitinya, terutamanya tayar Michelin. Menerusi kempen promosi ini, TYREPLUS akan memberikan cenderahati Bibendum edisi terhad, selagi stok masih ada, kepada pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua tayar Michelin.

Lebih dikenali sebagai ‘Michelin Man’ di Malaysia, Bibendum (atau singkatannya Bib), ialah maskot putih gedempol yang menjadi wajah mesra jenama Michelin sejak 1898. Siri koleksi cenderahati ini terdiri daripada empat figura “Bibendum” bernilai RM59.90 setiap satu. Cenderahati pertama akan dilancarkan di cawangan TYREPLUS Malaysia mulai 15 Januari 2018. Figura lain akan menyusul setiap suku tahun, sepanjang tahun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Bagi peminat yang mahu menambah sentuhan menarik kepada garaj, bengkel, perpustakaan atau bilik mereka, siri cenderahati ini memang menjadi rebutan, dan akan menceriakan pejabat pengumpul cenderahati atau pejabat wakil penjual,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, En. Pascal Nouvellon.

“Kempen ini bertujuan untuk mendekati pelanggan TYREPLUS yang ingin memastikan pengalaman memandu yang menyeronokkan dan menjauhkan kesulitan yang boleh dielakkan dengan tayar Michelin sepanjang perjalanan balik kampung. Tayar Michelin memang terkenal kerana prestasi, keselamatan dan keselesaan dalam semua keadaan jalan raya. Kami telah membekalkan tayar bermutu tinggi kepada pelanggan TYREPLUS di Malaysia sejak 1998,” katanya.

“Tiada apa yang lebih penting daripada keselamatan pelanggan kami, dan bagi mereka pula, perkara yang paling diutamakan ialah keselamatan keluarga mereka. Sebab itulah TYREPLUS memberikan perhatian teliti dalam usaha menyediakan produk bermutu tertinggi yang disyorkan oleh pakar. Saya harap rakyat Malaysia akan mengunjungi TYREPLUS dan mempertimbangkan pilihan luas tayar Michelin yang ada sambil menantikan ketibaan Tahun Baru Cina. Mereka bukan sahaja berpeluang membawa pulang cenderahati Bibendum yang unik, tetapi juga bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung yang dinanti-nantikan untuk memastikan mereka sampai ke destinasi dengan selamat,” tambah En. Nouvellon.

TYREPLUS ialah jenama global Michelin bagi konsep runcit yang mempunyai rangkaian gedung runcit tayar bebas di pasaran-pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Ia merupakan pusat sehenti yang menawarkan penyelesaian perkhidmatan kenderaan serba lengkap di bawah satu bumbung.

Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang maju untuk menjadi rangkaian penyenggaraan kereta terbesar di Malaysia, dengan lebih 50 cawangan dan semakin bertambah. Perkhidmatan sampingan yang disediakan termasuk penggantian tayar, pembaikan tayar, pengimbangan roda, penjajaran roda dan servis kereta berkala dengan sokongan jenama antarabangsa utama termasuk MICHELIN, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech. Perkhidmatan ini bertujuan memberikan keselamatan tambahan kepada pemilik kenderaan.

Seiring dengan pengembangan operasinya yang pesat, TYREPLUS baru-baru ini melancarkan visual dan identiti korporat baharunya sejajar dengan rancangan untuk menjenamakan semula rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini termasuk lima cawangan TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.

A1_Poster_FA_ol

Previous post

Volvo XC60 dilancarkan di Malaysia

Next post

Yusmanida Auto Buka Pusat 3S Perodua Dengan Kos RM11 juta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *