Berita Auto

Toyota Vios 2018 kini boleh ditempah

UMW Toyota Motor telah membuka tempahan untuk Toyota Vios baru bermula hari ini. Sedan segmen B yang popular itu dikemaskini untuk 2018 dengan perubahan kosmetik pada bahagian luaran dan dalaman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain dari rekaan yang diperbaharui, Vios juga didatangkan dengan pelbagai aksesori terkini seperti sensor parkir (standard bagi varian TRD, GX dan G), antena sirip jerung dan ‘scuff plate’ bernyala.

Toyota Vios

Turut disertakan adalah sistem hiburan DVD-AVX dengan kamera undur bagi semua varian kecuali varian J automatik dan manual. Kelengkapan sedia ada seperti monitor paparan panorama dan perakam video digital masih ditawarkan.

Toyota Vios

Seperti sebelum ini, Vios boleh didapati dalam enam varian dengan harga bermula dari RM74,980. Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Senarai harga Toyota Vios 2018. Klik untuk besarkan.

Senarai harga Toyota Vios 2018. Klik untuk besarkan.

Previous post

Subaru XV. Pencerobohan Segmen Bermula!

Next post

BMW 530e Plugin Hibrid Dijangka Dilancar Di Malaysia Dalam Hanya Beberapa Bulan Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *