Motosikal

Yamaha MT-09 2018 terjah pasaran Malaysia – RM47,388

Hong Leong Yamaha Motor memulakan 2018 dengan pelancaran MT-09 baharu dengan rekaan lebih garang serta pelbagai kelengkapan terkini. Seperti model sebelum ini, ia hadir sebagai model pemasangan tempatan (CKD).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tampil buat pertama kali di acara EICMA pada tahun lepas, MT-09 kini menampilkan lampu hadapan LED berkembar agresif yang diinspirasikan oleh MT-10. Bahagian belakang juga tampil lebih segar dengan lampu LED dan pemegang nombor plat yang dipasang pada lengan ayun.

SAM_0619

Dari aspek kelengkapan, model yang digelar sebagai “The Ultimate Streetfighter” ini dilengkapi ABS (depan dan belakang), Traction Control dan suspensi boleh laras sepenuhnya.

SAM_0676

MT-09 mengekalkan gabungan enjin ‘triple’ 847 cc dengan kotak gear enam kelajuan yang menghasilkan 115 hp dan 87.5 Nm. Bagaimanapun, transmisinya kini disambungkan dengan teknologi Quickshifter untuk penukaran gear yang lebih cepat dan klac Assist & Slipper yang membuatkan klac terasa 20% lebih ringan sekaligus mengurangkan kesan ‘engine braking’ yang berlebihan.

SAM_0626

MT-09 dijual pada harga bermula dari RM47,388 (termasuk GST) dan boleh didapati di bilik pameran Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula Februari ini. Dua warna ditawarkan iaitu Night Fluo dan Tech Black.

SAM_0662

SAM_0617

SAM_0666

SAM_0670

SAM_0633

 

 

Previous post

Land Rover Discovery Baharu Debut Di Malaysia

Next post

MYPerodua Nation Mulakan Tahun Baru Dengan Tawaran Yang Menarik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>