Motosikal

Yamaha XMAX 250 akan memasuki pasaran Malaysia pada Mac 2018

Pada majlis pelancaran MT-09 baharu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut memperkenalkan skuter XMAX yang bakal memasuki pasaran secara rasmi pada bulan Mac nanti.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari segi reka bentuk, XMAX tampil seperti abang kepada NMAX yang dilancarkan pada April 2016. Ia mempunyai penghadang angin boleh laras serta lampu depan dan belakang LED yang dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) untuk penampilan mewah dan sporty.

Yamaha XMAX

XMAX mempunyai ukuran panjang 2,185 mm, lebar 775 mm dan tinggi 1,465 mm, dengan berat keseluruhan 179 kg. Ia mempunyai tempat duduk setinggi 795 mm dan tangki minyak berkapasiti 13 liter.

Yamaha XMAX

Model ini dikuasakan oleh enjin 249 cc silinder tunggal dengan kuasa berjumlah 20 hp pada 7,500 rpm dan 24.3 Nm tork pada 5,500 rpm. Transmisi V-belt automatik ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Yamaha XMAX

Sistem suspensi pula terdiri dari fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang, manakala sistem brek merangkumi cakera pada kedua-dua bahagian dan ABS. Selain itu, model ini juga didatangkan dengan Traction Control.

Yamaha XMAX

Untuk kemudahan penunggang, XMAX menawarkan ciri-ciri seperti lampu bahaya, soket pengecas elektrik dan sistem kunci pintar dengan fungsi ‘keyless’ dan ‘Answer Back’. Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk pula didatangkan dengan lampu dan boleh memuatkan sehingga dua topi keledar muka penuh.

Yamaha XMAX

HLYM bagaimanapun masih belum mengumumkan harga bagi model ini.

Previous post

Powertrain Terbaru Untuk Honda Insight

Next post

Mercedes Mendahului BMW Dan Audi ... Secara Global & Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>