Motosikal / Lain Lain Roda

Boon Siew Honda Lancar Pusat BigWing Pertama di Malaysia

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan pusat Honda BigWing pertama di negara ini.

Follow @gohedgostan on Instagram

Diuruskan oleh Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd, ia merupakan pusat jualan dan servis bagi motosikal Honda berkapasiti 250 cc dan ke atas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setapak dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik serta keyakinan BSH terhadap keupayaan Ee Tiong Motorsports dalam memenuhi kehendak pengguna. Menurut BSH, ia merancang untuk membuka tiga lagi cawangan BigWing di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada tahun ini.

Big Wing 007

Dibangunkan untuk menampung permintaan pasaran yang pelbagai, BigWing Setapak menampilkan rekaan terkini dalam kalangan operasi global Honda yang dikenali sebagai “Destinasi untuk Penunggang”.

Big Wing 004

Fasiliti berukuran 5,535 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta ruang istirehat. Ia juga akan menjadi lokasi tumpuan pelbagai aktiviti seperti konvoi antarabangsa dan sesi bertemu penunggang.

Big Wing 005

Selain itu, pelanggan akan mendapat kad ahli Honda BigWing secara percuma yang membolehkan mereka menikmati diskaun minimum sebanyak 10% ke atas alat ganti dan aksesori dan pakej insurans khas.

Big Wing 015

Dalam pada itu, pelancaran pusat itu juga menyaksikan kehadiran X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R yang dijangka akan berada dalam pasaran tempatan dalam separuh pertama dan kedua tahun ini.

Big Wing 011

Menerusi rangkaian dan penawaran model-model terbaru, BSH mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 30% atau lebih 1,600 unit bagi motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan.

Previous post

Perodua Capai 40% Saham Pasaran Januari Ini Dengan Penghantaran 18,000 Myvi Baharu

Next post

Toyota Terajui Jualan Hibrid Global Dengan 1.52 Juta Pada Tahun 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *