Sukan

Hafizh Syahrin Pelumba Malaysia Pertama Beraksi Dalam MotoGP

Setelah melengkapkan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand beberapa hari lalu, Hafizh Syahrin kini sah bergelar pelumba pasukan Monster Yamaha Tech3.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelumba berusia 23 tahun itu akan bergandingan dengan Johann Zarco bagi saingan MotoGP musim ini. Beliau menggantikan Jonas Folger yang terpaksa berundur setelah disahkan menghidap sindrom Gilbert’s.

Pengurus pasukan Monster Yamaha Tech3, Herve Poncharal berkata, “Kami perlu meyakinkan penaja bahawa Hafizh akan menjadi pelumba MotoGP yang baik. Oleh itu, kami terpaksa memberikan tugas yang sukar dalam ujian selama tiga hari di Buriram. Beliau menjalankan tugas dengan baik, memenuhi misi itu. Yamaha dan seluruh pasukan Tech3 gembira dengan prestasinya.”

 

Previous post

BMW Oil Inclusive Programme Kini Ditawarkan dengan Pelan Bayaran Ansuran Maybank

Next post

Volvo V60 Kini Lebih Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *