Cerita Auto

Harald Hoelzl Dilantik Pengarah Urusan, CEO Baharu BMW Group Malaysia

BMW Group AG telah melantik Harald Hoelzl untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia yang baru bermula 1 Mac 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hoelzl akan mengambil peranan tersebut daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif sekarang, Han Sang Yun yang bakal dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea yang baru.

Hoelzl memulakan kerjayanya dengan BMW Group pada tahun 2002 serta telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan seperti Jualan, Pemasaran, Pembangunan Pengedar dan IT. Dengan rekod kerjaya yang mengagumkan, BMW Group AG melantik beliau sebagai Ketua Pemasaran BMW Group Central South Eastern Europe pada tahun 2011, sebelum mengetuai operasi BMW Group di Republik Czech.

Sementara itu, Han Sang Yun akan dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea berkuat kuasa 1 Mac 2018. Beliau menggantikan Presiden sekarang, Dr. Hyojoon Kim yang akan memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Wakil Pengarah dan Pengerusi pengeluar kenderaan premium itu di sana.

Dengan pengalaman dalam industri automotif selama lebih 20 tahun di Korea, Han Sang Yun dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia pada Januari 2015.

Sepanjang bertugas di Malaysia, Han telah membantu BMW mencatat prestasi pertumbuhan terbaik pada tahun 2017. Beliau juga merupakan pemacu utama dalam mengembangkan portfolio kenderaan Plug-in Hybrid BMW Group Malaysia menjadi 55% daripada jumlah keseluruhan penyerahan di negara ini.

Previous post

Range Rover Sport PHEV Tiada Masalah Hadapi 99 Selekoh, 999 Anak Tangga

Next post

Mazda Ada Sports Wagon Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>