Berita Auto

Honda Malaysia Beri Tumpuan Terhadap Kepuasan Pelanggan Untuk 2018

Honda Malaysia hari ini mengumumkan hala tuju strategik perniagaannya untuk tahun 2018. Ia juga optimis untuk terus menerajui industri automotif di Malaysia dengan sasaran jualan sebanyak 109,000 unit. Sasaran tersebut mewakili perkongsian pasaran 18% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 600,000 unit yang dijangkakan pada tahun 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sasaran itu ditetap berdasarkan kepada momentum yang stabil sejak empat tahun lalu. Honda Malaysia menyatakan bahawa dua model baharu bakal dilancarkan pada tahun 2018 dan salah satu daripadanya ialah Odyssey baharu dengan Honda Sensing yang diperkenalkan pada majlis tersebut.

SAM_1452

Honda Malaysia turut mengenal pasti aspek selepas jualan akan menjadi fokus utama, demi meningkatkan Keseronokan Membeli (Joy of Buying) dalam kalangan pengguna, sekali gus membawa pengalaman pemilikan ke tahap yang lebih tinggi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Memandangkan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan No.1 Honda, tahun ini kami akan fokus kepada tiga aspek penting iaitu pengembangan pengedar dan pengalaman pelanggan, menempatkan tenaga kerja terlatih di semua pengedar dan titik sentuhan maya pelanggan. Jumlah pelaburan untuk penambahbaikan dari segi selepas jualan dan operasi Honda Malaysia dianggarkan sebanyak RM31 juta.”

SAM_1455

Tujuh lagi pengedar yang terdiri daripada pusat 3S dan 2S, sehinggalah pusat badan dan cat akan dibuka menjelang akhir tahun 2018 untuk memberi lebih kemudahan kepada para pelanggan. Selain pengedar baharu, pengedar sedia ada juga akan dinaik taraf bagi menambah baik perkhidmatan dan memenuhi keperluan pelanggan yang kian meningkat.

Honda Malaysia juga meningkatkan sokongan selepas jualan dengan membuka Express Dealers, di mana pelanggan boleh menikmati servis pantas dalam tempoh satu jam tiga puluh minit berbanding dua jam yang diperlukan untuk servis biasa. Express Dealer pertama ialah Pusat 2S HZN Express di Glenmarie, Shah Alam.

SAM_1457

Honda Malaysia juga sedang giat mengimplementasikan Identiti Korporat (C.I) terbaharunya ke atas para pengedar untuk memberikan pelanggan imej yang lebih segar, berdasarkan kepada konsep Inovatif dan elemen Berorientasikan kepada Manusia. C.I. baharu ini bakal meningkatkan pengalaman pelanggan dengan pelbagai kemudahan terkini serta hospitaliti terbaik.

Untuk menawarkan akses lebih mudah kepada pelanggan, Honda Malaysia telah membangunkan Portal Selepas Jualan, satu titik sentuhan maya yang membolehkan pelanggan membuat temu janji servis, mengetahui status kenderaan, rekod servis dan maklumat produk yang terkini. Portal khas ini akan dioptimumkan untuk penggunaan komputer dan peranti mudah alih dan ia akan dilancarkan pada tahun ini.

SAM_1459

Demi memberi akses lebih luas dan meningkatkan kemudahan pelanggan, pusat panggilan Tol Percuma Honda kini dibuka 365 hari, 13 jam sehari bermula dari 9:00 pagi hingga 10:00 malam termasuklah pada cuti umum.

Previous post

Honda Odyssey Kini Dilengkapi Dengan Teknologi Keselamatan Honda Sensing

Next post

Mercedes X-Class Ada Pilihan Kemper

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *