Berita Auto

Imej Rasmi Pertama Hyundai Santa Fe 2019 Didedahkan

Hyundai buat pertama kalinya telah mendedahkan foto luaran dan dalaman Santa Fe generasi keempat. Berbanding imej lakaran yang disiarkan pada minggu lalu, foto terbaru ini mendedahkan rupa sebenar SUV itu yang bakal muncul di Geneva Motor Show pada bulan Mac ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bahagian hadapannya tampil moden dan elegan dengan jeriji ‘cascading’ yang diapit oleh lampu utama berkembar seperti yang dilihat pada model Kona dan Nexo. ‘Skid plate’ hadapan serta garis sisi yang menonjol memberikan Santa Fe penampilan yang lebih agresif.

Menurut Hyundai, Santa Fe baharu mempunyai ukuran panjang 4,770 mm dan lebar 1,890 mm, menjadikannya ia 80 mm lebih panjang dan 10 mm lebih lebar berbanding model sedia ada. Ia juga dikatakan mempunyai jarak roda (wheelbase) yang lebih panjang, namun ukurannya tidak dinyatakan.

2019-hyundai-santa-fe (1)

Bahagian dalaman direka semula sepenuhnya dengan konsol tengah yang lebih ringkas serta paparan yang kini berada di atas papan pemuka. Jarak roda yang lebih panjang juga menjanjikan ruang kabin yang lebih luas.

Santa Fe akan menampilkan teknologi keselamatan SmartSense yang merangkumi ciri-ciri seperti Rear Cross-Traffic Collision Avoidance dan Safety Exit Assist. Ia juga mempunyai Rear Occupant Alert yang berupaya untuk mengesan kehadiran penumpang belakang dan memberi amaran kepada pemandu apabila mereka keluar dari kereta.

Previous post

Avanza 'X' Mungkin Di Bilik Pameran Tidak Lama Lagi

Next post

Tesla Model 3 Ada Beberapa Isu Kejuruteraan Yang Agak Serius

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *