Berita Auto

Porsche 911 GT3 RS Kini Dengan 520 HP

Porsche telah memperkenalkan 911 GT3 RS versi facelift yang menampilkan enjin lebih berkuasa serta sistem suspensi yang telah diberi penambahbaikan. Model RS kedua paling berkuasa (selepas GT2 RS) ini bakal dipamerkan di pertunjukan Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Masih kekal dengan enjin NA berkapasiti 4.0-liter dengan enam silinder dalam susunan rata, GT3 RS kini mempunyai 520 hp dan 470 Nm tork, 20 hp dan 10 Nm lebih tinggi berbanding versi sebelum ini. Enjin itu juga mampu ‘mengaum’ sehingga 9,000 rpm.

2018-porsche-911-gt3-rs (1)

Berbekalkan kotak gear PDK tujuh kelajuan sebagai satu-satunya pilihan transmisi, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya masa hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 312 km/j.

2018-porsche-911-gt3-rs (3)

Kuasa yang lebih tinggi itu dipadankan dengan sistem suspensi terbaru yang menggunakan sendi bebola pada keempat-empat sudut dan rim 20 inci dengan tayar 265/35 di hadapan dan rim 21 inci dengan tayar bersaiz 325/30 di belakang.

2018-porsche-911-gt3-rs (2)

Pelanggan yang kerap ke litar lumba boleh mendapatkan pakej Clubsport tanpa sebarang caj tambahan yang memberikan palang ‘roll-over’, tali pinggang keselamatan enam poin, suis pemati bateri dan pemadam api. Selain itu, pakej Weissach boleh menurunkan berat kenderaan kepada 1,430 kg dengan ciri-ciri gentian karbon serta rim magnesium.

Previous post

BMW Panggil Balik Kereta Diesel 5 & 7-Series

Next post

BMW M4 Convertible Edition 30 Jahre

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *