Berita Auto

Rolls-Royce Silver Ghost Collection – Hanya 35 Unit Ditawarkan

Pada tahun 1907, Charles Rolls, Claude Johnson dan Sir Henry Royce memandu sebuah Silver Ghost sejauh 23,127 km tanpa henti. Ia merupakan satu pencapaian yang cukup mengagumkan terutamanya pada zaman itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jadi bagi meraikan ulangtahun ke-100 pencapaian itu, Rolls-Royce telah melancarkan model Silver Ghost Collection yang terhad kepada 35 unit sahaja. Ia akan dipasang di pangkalan Rolls-Royce yang terletak di Goodwood, West Sussex.

rolls-royce-silver-ghost-collection (2)

Setiap unit didatangkan dalam warna Cassiopeia Silver seperti yang digunakan oleh model asal. Warna yang kompleks itu menggabungkan tona sejuk dan hangat dan mengambil masa sehingga 8 jam untuk disiapkan.

rolls-royce-silver-ghost-collection (3)

Selain itu, model edisi terhad ini juga menampilkan jeriji radiator berwarna hitam dan hab rim dengan tulisan “Silver Ghost Since 1907”. Arca Spirit of Ecstasy yang terletak pada jeriji kini menampilkan tulisan “AX201” yang merupakan nombor pendaftaran Silver Ghost yang digunakan 100 tahun lalu.

rolls-royce-silver-ghost-collection (1)

Bahagian kabin pula dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna Forest Green yang padankan dengan kemasan kayu pada papan pemuka. Juga terdapat dengan tulisan “Silver Ghost Collection – One of Thirty-Five”.

Previous post

Kawasaki Z900RS Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Nissan Terra Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *