Cerita Auto

SEAT Lancar Jenama Prestasi Cupra

Pengeluar kenderaan dari Sepanyol iaitu Seat telah melancarkan jenama prestasinya sendiri yang dikenali sebagai Cupra. Pada masa yang sama, ia juga memperkenalkan Ateca sebagai model pertama yang memakai logo Cupra.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ya, kenderaan prestasi pertama Cupra merupakan sebuah SUV yang menggabungkan praktikaliti dan prestasi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Ateca menampilkan enjin 2.0 TSI dengan 300 PS yang dipadankan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan yang menjanjikan penukaran gear yang lancar dan pantas.

Cupra Ateca 03

Ia dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda 4Drive yang mampu membahagikan kuasa antara keempat-empat roda berdasarkan keadaan permukaan jalan, kelajuan kenderaan, posisi stereng serta gaya pemanduan. Sistem ini berfungsi bersama dengan enam mod pemanduan yang disediakan iaitu Normal, Sport, Individual, Snow, Off-Road dan Cupra.

Cupra Ateca 02

Dari segi prestasi, Ateca memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.4 saat dan mampu mencapai kelajuan 245 km/j. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan Performance Pack yang merangkumi brek Brembo serta Carbon Fibre Pack untuk luaran dan dalaman.

 

Previous post

Peugeot 508 Generasi Kedua Tampil Lebih Berani

Next post

Cerita Di Sebalik Land Rover "Dragon Challenge"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>