Bisnes

Vietnam Akan Mendapat Kereta Pininfarina

Pininfarina akan membantu untuk membangunkan sedan dan SUV untuk VinFast, yang bertujuan untuk menjadi pembuat domestik pertama Vietnam.

VinFast mensasarkan pengeluaran 500,000 kenderaan menjelang 2025 selepas pengeluaran awal antara 100,000 dan 200,000.

Kilang pembuat kereta itu akan berpusat di bandar pelabuhan utara Haiphong dan akhirnya akan membina minikar, kereta elektrik dan motosikal serta sedan dan SUV, kata syarikat itu. Pada bulan September, VinFast berkata ia telah memulakan pembinaan loji itu sebagai sebahagian daripada projek bernilai USD1 bilion hingga USD1.5 bilion pada fasa pertama. Katanya, ia merancang untuk membeli blueprint enjin kereta dan sistem mekanikal utama dari pereka Eropah dan Amerika. Vinfast adalah sebahagian daripada pemaju hartanah terkemuka Vietnam, Vingroup.

 

Previous post

Pratonton Model Volvo V60 2019 Sebelum Geneva

Next post

Adakah Velar Akan Mencuri Jualan Evoque Dan Sport?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>