Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Avantiz Kini Dalam 3 Warna Baharu

Dilancarkan di Malaysia pada Julai 2016, Yamaha Ego Avantiz kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu biru, kuning dan merah bagi 2018. Harga tidak berubah iaitu RM5,717.64 selepas GST (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menjana Ego Avantiz adalah enjin BlueCore 125 cc dengan teknologi suntikan bahan api yang menghasilkan  9.3 hp @ 8,000 rpm dan 9.6 Nm @ 5,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan tali sawat V-automatik.

18 Feb 5 Avantiz 001

Antara kelengkapan yang ada pada model ini termasuklah lampu LED, penanda ECO pada panel meter serta sistem kunci parkir untuk keselamatan yang lebih terjamin terutama jika motor diparkir di kawasan berbukit.

18 Feb 5 Avantiz 006

Ia juga mempunyai ruang storan berkapasiti 14 liter, pemegang tempat duduk ergonomik serta brek cakera di bahagian hadapan.

R25_Flyer_B

Klik untuk besarkan

Previous post

Kenapa Kita Harus Baca Terma & Syarat Dengan Betul

Next post

Kia Persembahkan Crossover Konsep Ini Di India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *