Cerita Auto

AMG E63S Talaan Brabus dengan 800 hp dan 1,000 Nm

Setiap model AMG yang dihasilkan pasti tidak terlepas dari sentuhan ajaib Brabus yang sememangnya pakar dalam bidang talaan kenderaan Mercedes-Benz. Projek terbaru mereka yang berasaskan E63S 4Matic+ menyaksikan peningkatan besar dari segi kuasa dan prestasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Enjin biturbo 4.0-liter V8 kini menjana 800 hp pada 6,700 rpm dan 1,000 Nm pada 3,600 rpm, menunjukkan kenaikan sebanyak 188 hp dan 100 Nm. Ini dicapai menerusi penggunaan pengecas turbo Brabus dan pemetaan enjin yang dikalibrasikan semula.

mercedes-amg-e63-s-by-brabus (2)

Dengan transmisi automatik sembilan kelajuan, sedan itu mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam hanya tiga saat, 0.4 saat lebih pantas berbanding model standard. Versi wagon pula sedikit perlahan dengan 3.1 saat. Kelajuan maksimum kekal pada 300 km/j dengan pengehad elektronik namun Brabus berkata ia sedang dalam proses membangunkan versi yang lebih laju.

mercedes-amg-e63-s-by-brabus (1)

Dari aspek penampilan, Brabus menawarkan komponen gentian karbon yang dibangunkan di dalam terowong angin dalam kemasan matte dan ‘high gloss’. Rim pula didatangkan dalam pelbagai saiz (sehingga 21 inci) dan rekaan termasuk rim tempaan Monoblock Platinum Edition.

mercedes-amg-e63-s-by-brabus (3)

Bahagian kabin pula menampilkan upholsteri kulit dan Alcantara. Seperti biasa, pelanggan boleh menempah model ini mengikut citarasa tersendiri dengan pilihan bahan dan kemasan yang pelbagai.

 

Previous post

Ini Dia Bell & Ross BR03-94 HOROLUM & BR03-92 HOROBLACK

Next post

Jenson Button Mendahului Time Attack Honda Civic Type R 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>