Berita Auto

Apollo Tyres Lancar Rangkaian Tayar Manchester United

Apollo Tyres mengumumkan tawaran terbaharunya iaitu lima saiz tayar baharu bagi rangkaian dwi-jenamanya yang dikenali sebagai Apollo-Manchester United. Tawaran ini meneguhkan lagi komitmen Apollo Tyres terhadap pasaran Malaysia dengan memperluaskan rangkaian tayar rekaan khas yang bermutu tinggi ini bagi semua peminat bola sepak di tanah air.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengenalan pelbagai saiz baharu tayar ini sebenarnya didorong oleh peningkatan permintaan terhadap rekaan dwi-jenama ini di kalangan peminat Manchester United di negara ini serta rantau di sekitarnya. Maka untuk merealisasikan permintaan mereka, rangkaian tayar Apollo-Manchester United kini boleh didapati dalam beberapa saiz berikut:

  • 195 55 R15
  • 205 55 R16
  • 215 55 R17
  • 245 45 R18
  • 265 65 R17
  • Dan saiz sedia ada, 195 65 R15

Ketua Kumpulan, Rantau ASEAN & Timur Tengah, Apollo Tyres Ltd, Shubhro Ghosh mengulas, “Melalui rangkaian tayar ini, pemandu bukan sahaja dapat mengalami pemanduan yang lebih senyap serta kawalan yang amat berkesan di permukaan yang kering dan basah, malah mereka juga boleh menayangkan logo Manchester United yang terpamer di sisi tayar mereka.”

Image 2

Selari dengan pelancaran tayar dwi-jenama terbaharu ini, Apollo Tyres akan meneruskan program Jaminan Tanpa Syarat (UCW) bagi semua jenis tayar bagi kenderaan penumpang . Jaminan tanpa syarat selama setahun (12 bulan) ini merupakan tambahan kepada lima tahun jaminan pengilang yang disediakan secara standard oleh syarikat. Ia merangkumi semua jenis kerosakan pada tayar, misalnya kerosakan tayar yang tidak disengajakan atau kerosakan akibat terlanggar objek keras, sekali gus memberikan pemandu ketenangan minda apabila mereka memandu dengan tayar Apollo baharu.

Mengulas mengenai tawaran UCW, Ghosh berkata, “Semenjak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2016, kami telah membina rangkaian pengedaran yang kukuh di seluruh Malaysia. Usaha ini membolehkan rakan-rakan perniagaan kami menghantar tayar kami sehingga ke pintu rumah pelanggan kami. Seiring dengan program pemasaran yang besar untuk tahun ini, kami yakin Jaminan Tanpa Syarat 1 tahun ini akan membolehkan Apollo Tyres memberikan jaminan mutu kepada pelanggan kami, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka terhadap jenama kami.”

Rangkaian tayar Apollo-Manchester United dengan saiz baharu boleh didapati melalui wakil-wakil penjual yang sah di seluruh negara.

Previous post

BMW X2 Kini di Malaysia - RM320,800

Next post

Volkswagen Tawar Peluang Menangi Percutian ke Wörthersee GTI Festival di Austria

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *